Tuesday 19 April 2011

Zila AF dan Along RL Bakal timang Anak

Oleh Rudy Syareme � Sheriffudin
am@hmetro.com.my





KEHADIRAN cahaya mata untuk menyerikan lagi rumahtangga dibina semenangnya menjadi impian setiap pasangan suami isteri. Ada yang diberikan rezeki itu cepat tidak kurang juga menerima dugaan lebih dulu apabila perlu menanti waktu yang agak lama.
Begitu juga dengan pasangan Nur Azilah Seeron atau Zila AF4 dengan Muhammad Nizamudin Ahmad atau Along Raja Lawak. Ternyata tarikh 16 April lalu membawa khabar gembira buat mereka berdua apabila Zila disahkan mengandung.

Zila, 23, mengakui berita gembira ini diterima tanpa diduga selepas menjalani rawatan

di Pusat Rawatan Az-Zahra, Bangi Selangor, Sabtu lalu, selepas mengalami sakit tekak.
 
“Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT di atas anugerah yang diberikan. Inilah hadiah paling menggembirakan buat kami berdua,” katanya.


Kata Zila, semua ini memang tidak dijangka kerana sebelum ini dia dan suami sibuk dengan siri jelajah Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH2010) di seluruh negara.

Ketika itu kesihatannya memang tidak menentu dan semasa kemuncak ABPBH2010 yang diadakan di Genting Highland pada 3 April lalu, Zila mengalami sakit tekak yang teramat sangat sehingga hampir kehilangan suara.

“Bagi mengelak sesuatu yang tidak diingini, saya dan Along mengambil keputusan untuk membuat pemeriksaan di Pusat Rawatan Az-Zahra untuk mendapatkan rawatan. Bagaimanapun, kami terkejut apabila doktor mengatakan saya mengandung.

“Kami berdua terharu sebaik saja dimaklumkan berita paling menggembirakan itu. Selepas melayari alam perkahwinan selama lebih setahun, seperti pasangan suami isteri lain, kami juga mengharapkan kehadiran anak.

“Sememangnya dalam setiap perkahwinan, mengimpikan kehadiran zuriat untuk mengikat lagi kasih sayang dan akhirnya Allah memberi rezeki buat kami berdua apabila kini hamil enam minggu,” katanya.

Zila berkata, jika ditanya mengenai perasaan pastinya ia amat menggembirakan dan teruja kerana bakal menjadi ibu selain menguatkan lagi ikatan kasih, cinta dan sayang antara dirinya dan Along.

Katanya, jika sebelum ini ramai yang bertanya bila mereka berdua bakal menimang cahaya mata, akhirnya berkat doa keluarga, sanak saudara dan rakan-rakan, ia menjadi kenyataan.

“Sebagai persediaan awal, saya akan mengehadkan segala aktiviti seni biarpun ada menerima tawaran kerana saya akan memperbanyakkan berehat selain berdoa agar sentiasa sihat sejahtera hendaknya.

“Apa yang diharapkan dengan anugerah dan hadiah yang diberikan ini akan terus dilimpahi dan pastinya kedua-dua keluarga begitu gembira dengan berita itu terutama keluarga mentua apabila bakal menimang cucu sulung.

“Along antara insan yang paling gembira dan berharap semua peminat akan terus berdoa untuk kami berdua dan dilindungi daripada perkara yang tidak baik,” katanya.

Zila dan Along selamat dinikahkan di Bandar Seri Jempol, pada 23 Januari tahun lalu. Pasangan ini meneruskan kerjaya seni mereka dan Along lebih menyerlah sebagai pengacara dan juga pelakon. Zila pula turut mengintai peluang menyanyi dan sering menemani Along.

Pada ABPBH2010 lalu, Along turut dicalonkan untuk Artis Komedi Lelaki Popular yang menyaksikan kejayaan Zizan Raja Lawak. Turut dicalonkan, Nabil, Angah dan Johan yang semuanya dari program Raja Lawak.


Tahniah...

No comments:

Post a Comment