Tuesday 26 April 2011

Siapa Datin yang laki nya kena urat oleh geng baik nya sendiri ni?

   
             
ORANG Melayu meraikan tetamu yang datang ke rumah, bahkan dalam Islam sekalipun menggalakkan umatnya saling menziarahi jiran tetangga.
  Firman Allah dalam surah al-Hujurat, ayat 13: “Wahai umat manusia, sesungguhnya kami ciptakan kamu lelaki dan perempuan dan kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku puak supaya kamu berkenal-kenalan, semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang paling takwa di antara kamu.”   Daripada firman Allah itu, dapat kita rasakan betapa pentingnya hidup bermuafakat dan bertolak ansur antara satu sama lain.

  Bagaimanapun, menurut seorang wanita berstatus Datin ini, dia dah tak kuasa hendak buka pintu rumahnya kepada semua kenalan baiknya daripada pelbagai kalangan individu, termasuk artis terkenal tanah air.
  Bukan kerana dia takut kerusi empuknya rosak atau teh dan gulanya habis, tetapi kebimbangannya lebih daripada itu. Baginya, kalau setakat kaki kerusinya patah, bila-bila masa dia boleh import kerusi lebih mahal dari luar negara.

  Kalau begitu ceritanya, hairan pula CAK kenapa Datin itu sanggup berpatah arang berkerat rotan dengan semua rakan baiknya. Bukankah mereka rakan sehati sejiwanya ketika dia masih solo dulu? Ke mana pergi mesti bersama.

  Rupa-rupanya, ini kes kawan makan kawan. Maksud CAK, kalau kita ada istilah haruan makan anak tetapi dalam dunia materialistik ini, ada wanita sanggup menggoda suami kawan sendiri.


  Mereka bukan hendak berkahwin pun, saja suka-suka. Kalau suami rakan itu berharta, dapatlah juga rasa tempiasnya.

  Sebagai rakan karib dan bertahun-tahun kenal, Datin ini ingat tak jadi masalah apabila sekali sekala dia dan suaminya keluar minum dengan artis popular itu.

Awalnya, semuanya berjalan lancar tetapi lama kelamaan, artis itu bertukar rentak apabila dia mula mengeluarkan suara manja yang merengek-rengek.

  Datin jadi keliru, drama apa pula yang dirakam di depan matanya.

Takkan tiba-tiba mata artis itu kelabu tak nampak yang dia masih ada di situ.

  Datin ingat selepas mereka berpisah petang itu, tiada apa-apa lagi berlaku kerana si suami pun tidak menunjukkan sebarang perubahan.

  Bagaimanapun, air yang tenang itu berkocak apabila satu hari Datin terjumpa gambar artis itu dalam tempat simpanan peribadi suaminya. Bukan gambar artis itu seorang, malah ada beberapa yang lain lagi, juga kawan baiknya.

  Sekadar berfikir sepintas lalu, Datin itu mengerti apa yang berlaku. Takkan kucing sanggup membiarkan ikan yang tersaji di depannya begitu saja. Logik akal, tersangatlah rugi jika tidak menjamahnya. Hendak pula kalau kari kepala ikan dari utara.

  Sejak kejadian itu, Datin memberi amaran kepada rakannya yang lain, jangan sesekali membenarkan kawan baik masuk ke rumah sewenang-wenangnya.

  Bukan bermaksud memutuskan silaturahim sesama umat Islam, tetapi kalau dah begitu jadinya sehingga sanggup meruntuhkan masjid yang dibinanya, lebih baik dia tak berkawan dengan sesiapa.

No comments:

Post a Comment