Tuesday 26 April 2011

Seorang ahli politik dari sebuah negeri di pantai timur melamar seorang model yang berasal dari sini dengan wang hantaran sebanyak RM50,000 petang semalam.
Ahli politik yang hanya mahu dikenali sebagai Datuk S itu melamar sekali gus bertunang dengan Zarina Abdul Rahman, 29, pengurus produksi yang juga pelakon filem dan iklan televisyen di rumah keluarga gadis berkenaan dekat Pekan Baling.
Zarina pernah menjadi pelakon tambahan dalam filem Bujang Senang dan merupakan krew filem, Cicak Man.
Antara iklan televisyen yang dilakonkannya adalah syampu Sunsilk.
Majlis pertunangan yang diadakan secara sederhana di sini hanya dihadiri keluarga terdekat Zarina.
Tarikh perkahwinan bagaimanapun belum ditetapkan.
Zarina memulakan kerjayanya dengan menyertai banyak pertandingan kecantikan termasuk dalam acara Pesta Songkran.

No comments:

Post a Comment