Thursday 28 April 2011


Ramai yang masih ingat berita pemergian Arwah Faizal Yusuf awal taun 2011 kan??? akibat serangan jntung kalo x silap put la......
time 2 isteri beliau rosemunira rashid sedang mengandung.....
Pagi nie sedang lepak2 gan opismate.....dia tengah belek2 fb tngk wall nira&profile pic nira dh de pic bby.....rupanya nira dah selamt melahirkan bayi lelaki 23 april baru2 nie...........comel.....ada iras2 arwah faizal 

MUHAMMAD RAQQIM FYZAL BIN MOHD FAIZAL





put tngak dari fb nira nie nampk macam nira nie dah bertudung....Alhamdllh.....&hubungan nira dengn nana(bekas isteri faizal yusuf) pun baik sejak pemergian arwah...........bagus lah...mungkin itu yang arwah mahukan....
nie pic2 nira yg dh bertudung :

Tahniah nira...semoga tabah membesarkan putera kesayangan

Kena saman 250 buang sampah...pulau sana...

RM250 hukuman untuk orang yg membuang sampah di jalan tertangkap melempar puntung rokok ke laut


Sebuah PENGUNJUNG ke pulau itu menerima 'keras menyambut' ketika ia didenda RM250 untuk sampah.
Mohammad Iqbal Abdul Karim dari Kuala Lumpur tertangkap melempar puntung rokok ke pinggir laut Gurney Drive oleh Penang Municipal Council (MPPP) pegawai selama operasi 90-minit pada pelancongan popular menghantui.

Mahal kebiasaan buruk: Mohammad Iqbal (kanan) menerima panggilan-Nya untuk mengotori di Gurney Drive, George Town


Orang itu terdengar memohon untuk dibiarkan lolos kerana ia tidak menyedari Peraturan sampah yang ketat di negara bahagian.
MPPP pembantu kesihatan awam Abdul Kahar Ali Hudin, yang mengeluarkan surat panggilan, kata sampah tidak dibenarkan terlepas dari yang berasal dari negara satu.

"Itu tidak masalah dari mana anda berasal dari, anda tidak perlu sampah sembarangan," katanya.
Majlis meningkat denda untuk membuang sampah sembarangan dari RM50 ke RM250 bermula 1 Januari.
Bercakap kepada wartawan, MPPP Kesihatan Awam Pengerusi Jawatankuasa Tetap alternatif Ah Ong Teong mengatakan dewan melancarkan kempen anti-orang yg membuang sampah di jalan pada tarikh 15 dan sampai tarikh 1 April telah mengeluarkan jumlah keseluruhan 123 surat panggilan untuk litterbugs di Kota Padang, Gurney Drive, Komtar bus terminal dan Batu Ferringhi.

Sebanyak 39 telah tertangkap melempar puntung rokok, 44 telah tertangkap untuk benar pembuangan sampah makanan mereka dan 40 untuk membuang botol plastik dan pembungkus makanan tanpa pandang bulu pada hari Jumaat malam.
"Skuad kami, terdiri daripada empat pegawai dewan, telah berkawal di kawasan-kawasan ini selama dua minggu terakhir dan akan terus melakukannya tanpa batas," katanya, sambil menambah bahawa pegawai dari dewan Penguatkuasaan dan Perkhidmatan Perkotaan jabatan dan negara Jabatan Kesihatan juga dikuasakan untuk masalah surat panggilan.

Kesihatan umum pembantu K. Kasi mengatakan beberapa dari mereka yang telah didenda secara verbal agresif dengan petugas.
"Salah seorang doktor mengatakan kepada saya bahawa ia tidak melihat 'tidak litter' tanda ketika aku mengeluarkan dia panggilan," katanya.
"Jawapan saya sederhana saja - anda tidak melihat tanda 'tidak mencuri' tetapi bermaksud perbuatan itu dibenarkan?
"Penang tidak akan pernah kembali bersinar kalau tidak ada perubahan dalam sikap masyarakat," katanya.

Kalu pi jangan Pulau Buang sampah merata-rata .............

Salma Dan Ratnah Mentor Sebenarnya Janda

Salma Mentor dan Ratnah Mentor sebenarnya berstatus janda. Mungkin ramai yang terkejut dan tidak tahu hal sebenar ini tetapi inilah hakikatnya. Lebih mengejutkan lagi Salma yang juga protege Erra Fazira ini sebenarnya seorang ibu tunggal. Ingatkan diorang ni masih anak dara.. Salma pernah berkahwin ketika usianya 17 tahun. Apa korang ingat diorang masih anak dara ke? huhuhh 

Sumber: Salma & Ratnah Mentor Janda Seksi

PATUTKAH FILEM SERAM DIHARAMKAN?

KUALA LUMPUR, 26 April — Dewan Pemuda Masjid Malaysia (Pemuda Masjid) meminta pihak berkuasa supaya mengharam dan menghentikan kebenaran bagi penyiaran filem seram dan hantu yang kini kerap diterbitkan syarikat produksi filem tempatan.
Ketua Umumnya Dr Mohammad Nawar Ariffin berkata kebanjiran filem seram dilihat menjadi-menjadi ketika ini dengan jumlahnya mengatasi jumlah filem yang diterbitkan ketika era kegemilangan filem Melayu pada 1960-an.
Menurut beliau, Pemuda Masjid bimbang fenomena penerbitan filem jenis itu hanya akan memundurkan orang Melayu yang merupakan 95 peratus daripada penggemar dan penonton filem sedemikian.
“Adalah malang filem dan drama seram serta hantu ini dijadikan sogokan kepada penggemar filem dan drama Melayu kerana ia tidak langsung boleh membantu dalam membangun jiwa dan intelek masyarakat kita.
“Orang Melayu beragama Islam kini terancam akidah mereka akibat menonton aksi tahyul dan syirik yang sering dipaparkan sehingga semakin ramai terjebak dengan aktiviti kurafat dan mungkar,” katanya dalam satu kenyataan dipetik Bernama Online.
Dr Mohammad Nawar berkata aktiviti kurafat dan tahyul itu juga dilihat berkembang ke arah negatif apabila semakin banyak kes penipuan oleh bomoh, diperkosa dan dicabul oleh pengamal perubatan tradisional dilaporkan.
“Oleh itu, penerbitan filem-filem jenis ini hendaklah dihentikan atau penyiaran dan penayangannya diperketatkan kerana ia mempunyai kesan dalam mempengaruhi jiwa dan pemikiran masyarakat.
“Kerajaan perlu segera menghentikan eksploitasi penerbit filem dan drama menggunakan filem seram dan hantu untuk mengaut keuntungan tanpa mengambil kira risiko dan kerosakan terhadap anak bangsa,” katanya.
Beberapa tahun kebelakangan ini penerbit filem tempatan kerap mengeluarkan filem seram untuk tontonan penggemar filem sehingga ia membibitkan kebimbangan masyarakat akan kesannya kepada pemikiran dan agama.
Filem seram yang kini ditayangkan di pawagam antaranya Senjakala terbitan Excellence Pictures Sdn Bhd arahan Ahmad Idham dan Penunggu Istana arahan Wan Hasliza terbitan Alternate Studios.

Aduan Pemuda Masjid Desak Haram Penerbitan Filem Seram, m/s N6, Sinar Harian, 27 April 2011


http://www.kpkk.gov.my/suratpengarang/skp_110427/Aduan_Pemuda_Masjid_Desak_Haram_Penerbita.pdf



SECARA PERIBADINYA, ADAKAH ANDA SEMUA SETUJU DENGAN DESAKAN INI? ADAKAH KITA HARUS KEMBALI KE ZAMAN DI MANA SEMUA FILEM HANTU DAN TAHYUL DIHARAMKAN PADA ERA LEPAS???? SANGGUPKAH KITA DIKONGKONG KEBEBASAN MINDA SEBEGINI???

Wednesday 27 April 2011

meriahnya industri Filem Melayu sekarang!

Merujuk kepada senarai tayangan filem melayu dalam website FINAS tahun ni, aku rasa sambutan penonton terhadap filem Melayu agak merosot teruk menjelang bulan mac 2011. Selain dari Merong dan Khurafat, semua filem lain tidak mencapai kutipan sejuta kecuali filem CUN yang mengutip rm 1.25 million untuk seluruh tayangan di 51 pawagam berdasarkan laporan dari Tayangan Unggul. (pawagam wajib tayang FINAS hanya 41). Manakala  filem DALAM BOTOL pulak kutipan dari mulut penerbit katanya ok...tapi tak tahu lah kebenarannya....

Amat menghairankan bila filem SENJAKALA mendapat kutipan lebih rendah dari filem CUN sedangkan filem tersebut bergenre seram dan ditayangkan di 65 buah pawagam serta PROMOSI filem SENJAKALA lebih mantap malah selalu keluar trailer di TV 3 sedangkan filem CUN langsung aku tak tahu dah keluar ditayangan!

Adakah lambakan filem yang ditayangkan berderet2 setiap menggu membuatkan penonton mulai bosan untuk menonton filem melayu setiap minggu.

melihat kepada senarai filem yang bakal tayang lepas ni, berlambak filem seram lain bakal ditayangkan....adakah mereka juga akan menerima nasib yang sama seperti Senjakala dan Di Larang Masuk?

Menjelang bulan mei nanti pulak ada tiga buah filem blockbuster akan ditayangkan iaitu Nur Kasih the Movie, Karak dan KONGSI.


Filem manakah di antara semua yang berlambak di bawah akan mendapat kutipan pecah panggung? Adakah kutipan filem pecah panggung lebih penting dari kualiti filem tu sendiri?

TAYANGAN FILEM CEREKA TAHUN 2011
BILJUDUL FILEMGENREKOS PRODUKSIMULA TAYANGKUTIPAN KASAR (RM)BILANGAN PAWAGAM
1.
Khurafat
SERAM1.50 juta13.01.20118.08 juta66
2.
HAQ
AKSI2.50juta27.01.20110.80 juta50
3.
Sini Ada Hantu
SERAM / MISTERI / NGERI1.20 juta10.02.20111.30 juta40
4.
Kembar Siang
KOMEDI1.64 juta24.02.20111.21 juta59
5.
Hikayat Merong Mahawangsa
SEJARAH / AKSI / PEPERANGAN6.82 juta10.03.20116.50 juta *67
6.
Ratu The Movie
PENGEMBARAAN1.34 juta17.03.20110.20 juta53
7.
...Dalam Botol
DRAMA0.88 juta24.03.20110.57 juta50
8..
Cun
KOMEDI / KELUARGA / CINTA1.00 juta31.03.20111.09 juta *41
9..
Di Larang Masuk
SERAM1.10 juta07.04.20110.74 juta *50
10.
Senjakala
SERAM1.51 juta14.04.20110.97 juta *63
11.
Penunggu Istana

SERAM0.60 juta21.04.20110.44 juta *39
12.
Seru
SERAM / MISTERI / NGERI1.42 juta28.04.201146
13.
Momok Jangan Panggil Aku
SERAM2.00 juta05.05.201153
14.
Kongsi
AKSI1.82 juta12.05.201156
15.
Nur Kasih The Movie
DRAMA2.83 juta19.05.201167
16.
Karak
NGERI26.05.201146
17.
Toyol Nakal
KOMEDI1.21 mil02.06.201135
18.
KL Gangster
AKSI1.51 mil09.06.201165
19.
3 2 1 Cinta
CINTA / KOMEDI1.50 mil16.06.201157
20.
Rasuk
NGERI1.50 mil23.06.201158
21.
Sekali Lagi
  30.06.201158
22.
Tolong Awek Aku Pontianak
SERAM / KOMEDI1.22 mil07.07.2011
23.
Flat 3A
SERAM1.82 mil14.07.2011
24.
Hantu Bonceng
SERAM / KOMEDI1.51 mil31.08.2011
25.
Karipap-Karipap Cinta
KOMEDI1.91 mil31.08.2011
26.
Raya Tak Jadi
KOMEDI / KELUARGA1.06 mil15.09.2011
27.
Datin Ghairah
KOMEDI / CINTA1.20 mil22.09.2011
28.
Libas
AKSI / KOMEDI1.88 mil29.09.2011
29.
Al Hijab
SERAM1.62 mil06.10.2011
30.
Klip 3GP
SERAM / MISTERI1.02 mil13.10.2011
31.
Sumpahan Puaka
SERAM / KELUARGA / MISTERI0.46 mil29.10.2011
*Kutipan terkini sehingga 27 April 2011
Dikemaskini Pada 27/04/11 11:44 AM


KUALA LUMPUR: Pelakon Shaharuddin Tamby tidak bersetuju dengan permohonan cerai yang difailkan oleh isterinya kerana mendakwa wanita tersebut mengalami gangguan emosi selepas menjalani pembedahan bagi kanser rahim.
Shaharuddin, 54, berkata, kanser itu telah berada di peringkat bahaya dan satu pembedahan dilakukan terhadap isterinya, Nor’aini Muhammad, 51, bagi mengelakkan ia merebak.

“Doktor di Hospital Kuala Lumpur (HKL) ada menasihatkan saya bahawa akan berlaku perubahan emosi yang ketara dan saya harus bersabar.

“Saya banyak bersabar kerana apa yang diberitahu tentang perubahan emosi itu nyata terjadi,” katanya dan menambah, dia sayangkan isteri yang menjadi teman hidupnya sejak 33 tahun lalu.

Pelakon yang membuat penampilan khas dalam filem Apa kata hati itu juga memberitahu, Nor’aini masih perlu menjalani rawatan susulan di hospital untuk memastikan kanser tersebut tidak kembali semula.

“Tapi isteri saya tidak mahu sangat makan ubat dan doktor sendiri telefon rumah saya bertanyakan kenapa dia tidak membuat rawatan susulan,” tambahnya.

Shaharuddin atau nama sebenarnya Shaharuddin Tambi berkata demikian di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini pada Isnin. Pasangan tersebut berkahwin pada 25 November 1978 di Kuala Lumpur dan dikurniakan tiga anak, termasuk dua yang telah mendirikan rumah tangga.

Nor’aini selaku plaintif pula memberitahu, dia memohon cerai kerana tiada persefahaman dan mendakwa dirinya tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya.

“Sebenarnya saya tiada apa-apa. Kalau boleh suami saya nak kata saya tidak betul,” katanya.

Wanita bertubuh kurus itu juga memberitahu, mereka pernah bercerai pada 7 Ogos 1984 sebelum kembali rujuk pada keesokan harinya. Dia juga mengakui mereka tidak sebilik walaupun masih tinggal serumah.

Nor’aini yang mendakwa masalah dalam perkahwinannya berlaku secara on dan off juga memberitahu, kejadian terbaru melibatkan menantunya. Bagaimanapun, Shaharuddin yang memakai baju kemeja biru kotak-kotak dan bersongkok menjelaskan dakwaan tersebut dengan berkata:

“Sebenarnya berlaku satu pergaduhan antara anak saya dan menantu. Saya nak menyelamatkan suasana dan saya marahkan anak saya kerana berpendapat lelaki kena lebih bertanggungjawab.

Waktu itu menantu saya telan lima biji pil stress dan waktu saya nasihatkan, dia telan lagi lima biji. Bila keluar, dia dalam keadaan lemah dan jatuh.

“Saya cakap, ini tak boleh jadi dan kita kena bawa dia ke hospital. Saya dan anak saya papah menantu turun dari tingkat lima tanpa lif. Di sinilah isteri kata, saya lebihkan menantu,” katanya.

Selepas mendengar keterangan pasangan tersebut, Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin menasihatkan mereka untuk berbincang dan mengikuti kauseling bagi mencari penyelesaian masalah rumah tangga tersebut.

“Sepatutnya pada usia begini, kamu beribadat bersama, melancong atau menjaga cucu bersama-sama,” katanya dan menetapkan sebutan semula kes pada 15 Jun depan.

Nor’aini kelihatan tidak menyenangi kehadiran wartaman di mahkamah manakala Shaharuddin memohon maaf kerana enggan mengulas atas alasan perlu menjaga hati isterinya.
  ni pakcik shaharuddin thamby kalo sesape xknal.....sekian


  ni pakcik shaharuddin thamby kalo sesape xknal.....sekian



p/s- saje nk tempek sbb brite ni menarik...paaanaaaasss..terutame part menantu yg mroyan tu...haaadooooiiii

Tuesday 26 April 2011

Tipu hamil kerana projek sekolah

YAKIMA, Washington - Setelah mengharungi kehidupan sebagai pelajar sebuah sekolah tinggi dengan kandungan yang semakin membesar, Gaby Rodriguez akhirnya membuat pengakuan mengejutkan - dia sebenarnya tidak pernah hamil.
Rodriguez, 17, membuat pendedahan itu minggu ini semasa menghadiri perhimpunan pagi Sekolah Tinggi Toppenish di sini selepas guru dan rakan sekolahnya menyangka dia telah enam bulan mengandungkan anak luar nikah.
Pelajar berkenaan yang mendapat semua A dalam mata pelajarannya sebaliknya memberitahu, dia berpura-pura hamil untuk menyiapkan projek tahun akhirnya yang bertajuk: Stereotaip, Khabar Angin dan Statistik.
Sebagai bukti dia berkata benar, Rodriguez mengeluarkan bantal yang diikat dengan menggunakan wayar pada perutnya di hadapan para pelajar lain.
Seterusnya, dia memberitahu, kajian sosial itu dirahsiakan dan hanya diketahui oleh seorang rakannya, ibunya, teman lelakinya dan pengetua sekolah berkenaan serta segelintir yang lain.
"Saya mahu membuang bantal ini dan tidak mahu lagi meneruskannya," katanya kepada akhbar Yakima Herald-Republic selepas mendedahkan berita tersebut.
Selepas Rodriguez membuang 'perut palsunya', ramai antara 700 pelajar sekolah itu, pada mulanya terkejut, namun mereka lantas bangun memberikan tepukan gemuruh kepadanya.
Mengulas mengenai tindakan pelajarnya itu, pengetua sekolah berkenaan, Trevor Green berkata, Rodriguez patut dipuji kerana komitmennya meneruskan projek tersebut.
"Dia mengorbankan tahun akhirnya semata-mata untuk mengetahui bagaimana perasaannya menjadi seorang ibu pada usia remaja. Saya mengagumi keberaniannya," kata pengetua tersebut.Kisah pelajar berkenaan mendapat liputan meluas di AS dengan Rodriguez diundang ke rancangan bicara pagi popular, Today kelmarin untuk menceritakan pengalamannya.

Bayi 20kg!!!





Iran- bayi seberat 20 kg pada usia 1bulan..bayi nie menyusu ibu seperti biasa...tetapi setelah di beri susu lembu..dia lebih suka susu lembu dari susu ibu..jadi inilah hasilnya...sihat sungguh..tapi hasil pemeriksaan kesihatan..bayi nie siahat seperti kanak2 lain..stakat hari dia buat pemeriksaan tu la..akan datang tak tahu la...huhu..

pic intim aaron and maya


Rozita Sendayu Tinggi... 2011

Siapa Datin yang laki nya kena urat oleh geng baik nya sendiri ni?

   
             
ORANG Melayu meraikan tetamu yang datang ke rumah, bahkan dalam Islam sekalipun menggalakkan umatnya saling menziarahi jiran tetangga.
  Firman Allah dalam surah al-Hujurat, ayat 13: “Wahai umat manusia, sesungguhnya kami ciptakan kamu lelaki dan perempuan dan kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku puak supaya kamu berkenal-kenalan, semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang paling takwa di antara kamu.”   Daripada firman Allah itu, dapat kita rasakan betapa pentingnya hidup bermuafakat dan bertolak ansur antara satu sama lain.

  Bagaimanapun, menurut seorang wanita berstatus Datin ini, dia dah tak kuasa hendak buka pintu rumahnya kepada semua kenalan baiknya daripada pelbagai kalangan individu, termasuk artis terkenal tanah air.
  Bukan kerana dia takut kerusi empuknya rosak atau teh dan gulanya habis, tetapi kebimbangannya lebih daripada itu. Baginya, kalau setakat kaki kerusinya patah, bila-bila masa dia boleh import kerusi lebih mahal dari luar negara.

  Kalau begitu ceritanya, hairan pula CAK kenapa Datin itu sanggup berpatah arang berkerat rotan dengan semua rakan baiknya. Bukankah mereka rakan sehati sejiwanya ketika dia masih solo dulu? Ke mana pergi mesti bersama.

  Rupa-rupanya, ini kes kawan makan kawan. Maksud CAK, kalau kita ada istilah haruan makan anak tetapi dalam dunia materialistik ini, ada wanita sanggup menggoda suami kawan sendiri.


  Mereka bukan hendak berkahwin pun, saja suka-suka. Kalau suami rakan itu berharta, dapatlah juga rasa tempiasnya.

  Sebagai rakan karib dan bertahun-tahun kenal, Datin ini ingat tak jadi masalah apabila sekali sekala dia dan suaminya keluar minum dengan artis popular itu.

Awalnya, semuanya berjalan lancar tetapi lama kelamaan, artis itu bertukar rentak apabila dia mula mengeluarkan suara manja yang merengek-rengek.

  Datin jadi keliru, drama apa pula yang dirakam di depan matanya.

Takkan tiba-tiba mata artis itu kelabu tak nampak yang dia masih ada di situ.

  Datin ingat selepas mereka berpisah petang itu, tiada apa-apa lagi berlaku kerana si suami pun tidak menunjukkan sebarang perubahan.

  Bagaimanapun, air yang tenang itu berkocak apabila satu hari Datin terjumpa gambar artis itu dalam tempat simpanan peribadi suaminya. Bukan gambar artis itu seorang, malah ada beberapa yang lain lagi, juga kawan baiknya.

  Sekadar berfikir sepintas lalu, Datin itu mengerti apa yang berlaku. Takkan kucing sanggup membiarkan ikan yang tersaji di depannya begitu saja. Logik akal, tersangatlah rugi jika tidak menjamahnya. Hendak pula kalau kari kepala ikan dari utara.

  Sejak kejadian itu, Datin memberi amaran kepada rakannya yang lain, jangan sesekali membenarkan kawan baik masuk ke rumah sewenang-wenangnya.

  Bukan bermaksud memutuskan silaturahim sesama umat Islam, tetapi kalau dah begitu jadinya sehingga sanggup meruntuhkan masjid yang dibinanya, lebih baik dia tak berkawan dengan sesiapa.

artis bercium di kelab gay???sapa tu??

SIAPA sangka buah cempedak sekarang boleh jadi nangka. Itulah kata-kata yang sesuai SS gunakan kerana kalau melihatkan perangai seorang artis kacak ini yang sememangnya menjadi pujaan ramai wanita.
Sudahlah kacak dan sedap mata memandang, penampilannya juga nampak seperti orang baik-baik dan ‘cool’. Apalagi kalau membawakan watak hero, ramailah wanita yang akan cair dan meleleh air liur. Pendek kata, bertuah sungguh si isteri artis itu kerana dapat memiliki suami yang segak dan sasa.

Namun macam SS cakap tadi, buah cempedak sekarang sudah boleh jadi nangka dan pepatah sekilas ikan sudah tahu jantan betina pun makin susah hendak dilafazkan.


Walaupun nampak bahagia dengan isteri dan anak, sumber berkata, artis ini masih lagi dengan selera lamanya iaitu meminati kaum sejenis!




Remang sekejap bulu tengkuk SS mendengar�nya kerana dari segi sifat, artis itu nampak cukup baik dan sempurna. Tapi dalam diam-diam dia suka mengunjungi pusat hiburan yang turut dikunjungi golongan songsang.


Sumber SS itu berkata dia sangat terkejut kerana melihat artis itu berpeluk cium tanpa segan silu dengan pasangannya di kelab eksklusif itu. Mereka nampak sungguh bahagia dan seolah-olah tidak pedulikan tetamu lain.


SS tak tahu nak cakap apa, cuma SS harap artis itu akan cepat sedar bahawa perbuatannya itu menyimpang daripada norma kehidupan ini dan tuntutan agama.


Patutlah dia jarang digosipkan dengan artis wanita lain kerana dia tidak pernah main kayu tiga dengan artis perempuan. Jadi selamatlah rumah tangga daripada mara bahaya. Namun bahaya yang satu ini pula jangan dibuat main-main. Tahulah zaman sekarang, macam-macam orang boleh buat kalau alpa dan khayal. Tup-tup muncul di Internet. Masa gitu, menangis air mata berlian pun sudah tidak berharga lagi. Ingat-ingatlah.





sapa la si jantan ni...kawe2 tlg habaq mai...

Ayah Ally Iskandar Meninggal Dunia, Al-Fatihah

PIC] Zaman Student Dulu Korang Pernah Macam ni ?

[PIC] 10 freakish wedding pics

[PIC] Foto-Foto Seksi,Apabila Wanita Badan Berketul-Ketul







Ameng Spring berfesbuk dalam jel?

Cuba bukak fesbuk..terkejut au ada nama ameng spring tengah online..bukan ke dia dalam jel kah? tapi memang sebelum ni aku add dia pun dalam friendlist aku.
yg tak tahan tu bukan main lorat lagi aku tanye bebetul dia sentap lak duk dalam jel tu patutnya insaf la.

Persoalannya adakah penjara di malaysia ni boleh online internet?
Seorang ahli politik dari sebuah negeri di pantai timur melamar seorang model yang berasal dari sini dengan wang hantaran sebanyak RM50,000 petang semalam.
Ahli politik yang hanya mahu dikenali sebagai Datuk S itu melamar sekali gus bertunang dengan Zarina Abdul Rahman, 29, pengurus produksi yang juga pelakon filem dan iklan televisyen di rumah keluarga gadis berkenaan dekat Pekan Baling.
Zarina pernah menjadi pelakon tambahan dalam filem Bujang Senang dan merupakan krew filem, Cicak Man.
Antara iklan televisyen yang dilakonkannya adalah syampu Sunsilk.
Majlis pertunangan yang diadakan secara sederhana di sini hanya dihadiri keluarga terdekat Zarina.
Tarikh perkahwinan bagaimanapun belum ditetapkan.
Zarina memulakan kerjayanya dengan menyertai banyak pertandingan kecantikan termasuk dalam acara Pesta Songkran.

(GAMBAR)Nursuhaila, Isteri Jimmy Shanley Menunaikan Umrah




Kalau menurut Melodi 2 minggu lepas, isteri Jimmy Shanley yang bernama Nursuhaila ini telah pergi menunaikan umrah tanpa kebenaran daripadanya. Nampak gayanya isteri Jimmy Shanley sihat dan masih bertenaga menunaikan umrah walaupun sedang mengandung. Semoga pintu hati isteri Jimmy Shanley terbuka untuk pulang balik ke pangkuan si suami selepas pulang dari umrah. Sama-samalah kita doakan.

Siti Sarah Sudah Hamil Cahaya Mata Pertama




 Murai Batu tumpang gembira bila dapat tahu penyanyi Saat Hilang Cintamu, Siti Sarah Raisuddin yang bernikah dengan Shuib Sepah pada 26 Februari 2010 yang lalu telah pun disahkan hamil sebulan setengah.
        Berita yang menggembirakan ini telah disampaikan sendiri oleh rakan Murai Batu sendiri yang secara kebetulan ada berjumpa dan berbual dengan Sarah sewaktu selepas berlangsungnya Maharaja Lawak, Jumaat lalu.
        Menurutnya lagi, Sarah Raisuddin yang hampir setiap minggu menemani suaminya ahli kumpulan Sepah di Studio Finas itu kelihatan nampak comel dan sudah nampak sedikit buncit dan bulat pada bahagian perutnya walaupun tak sampai dua bulan hamil.
        Patutlah, bentuk badan Sarah Raisuddin sejak kebelakangan ini sudah nampak sedikit berisi Rupanya ada betul-betul 'berisi'. Apa-apa pun, tahniahlah Murai Batu ucapkan kepada mereka. Tentu seronok dapat menimang cahaya mata di awal perkahwinan mereka ini.
        Tapi tak silap Murai Batu mereka bakal mengadakan majlis resepsi perkahwinan pada hujung tahun ini. Macam mana tu?Nampaknya, ia mungkin terpaksa ditangguhkan.

Sunday 24 April 2011

Diperdaya RM1,000 berlakon di samping Rozita Che Wan

MUAR: Impian seorang lelaki menjadi pelakon dan beraksi bersama aktres Rozita Che Wan selain berlakon dalam filem arahan Ahmad Idham dan Datuk Yusof Haslam berkecai apabila menyedari dirinya ditipu sebuah syarikat jualan langsung yang mendakwa agensi mencari bakat di ibu kota, baru-baru ini.

Danial Ridwan, 26, bukan setakat berkali-kali datang ke pejabat agensi terbabit di bangunan bersebelahan Menara Kuala Lumpur (KLCC) malah terpaksa membayar ratusan ringgit setiap kali datang kononnya sebagai bayaran mendapat tempat dalam filem lakonan aktres serta pengarah berkenaan.


“Saya datang ke ibu kota awal tahun lalu sebelum ditawarkan menjalani uji bakat di agensi terbabit dengan janji akan digandingkan bersama pelakon serta pengarah filem terkemuka tanah air.  


“Impian menjadi pelakon terkenal hampir menjadi kenyataan apabila saya kononnya ditawarkan berlakon dalam filem Khurafat dan Damping Malam,” katanya.


Danial yang terpedaya dengan tawaran berkenaan kemudiannya diminta supaya membuat sejumlah bayaran iaitu 10 peratus daripada hasil bakal diterima apabila berlakon dalam filem dijanjikan itu.


Menurutnya, dia datang beberapa kali ke pejabat agensi terbabit sejak awal tahun hingga penghujung 2010 bagi menandatangani kontrak lakonan selain membuat bayaran antara RM300 hingga RM1,000.  


“Saya mula syak diperdaya apabila filem Bohsia mula ditayangkan sedangkan menurut kakitangan agensi terbabit, saya antara yang bakal beraksi.


“Selepas itu, saya menghubungi Suhan Movie Production dan Skop Production bertanyakan status filem yang bakal saya bintangi tetapi kedua-dua syarikat itu memberi jawapan tidak pernah menawarkan apa-apa watak atau mengenali agensi terbabit,” katanya.

Rasa mcm kena tipu dlm pembelian online di FB

Izzah ada buat pembelian susu anak izzah online melalui FB.. Pembelian pertama izzah dpt barang dia.. kali ke2 izzah order hampir 2 bulan barang dia x dpt... col Hp dah off.. klu SMS sure x leh jawab.. FB dia pun dah x active.. email x dijawab.. izzah tranfer duit kat dia dlm RM400++.. apa izzah harus buat ea... boleh ke buat report polis.. sblm nie ada org jugak buat report polis pasal dia nie... apa tindakan polis.. boleh ke izzah trace alamat rumah dia atau tempat dia bekerja melalui KWSP dgn adanyer police report.. bg izzah RM400 tu besar... klu kita beli brg online mmg x boleh mintak duit balik ke?? kira hancus ke klu kita klu kita mintak refund balik duit tu. T&C dia tulis 3 weeks.. tp nie dah lebih.... nie yg izzah baca la dlm FB dia sblm nie dan beberapa comment dia pembeli dia la.. tp bagi izzah, izzah berhak mintak balik duit tu sbb izzah transfer duit atas pembelian barang bukan sedekah kat dia kan.. yg izzah paling runsing dan anggap penipuan sbb tel dia dah off email dia pun dah x balas...

anne ngasri diserang strok

br dapat info... anne ngasri kene minor stroke attacked.
now kat hospital.
hopefully dia selamat.

Alahai..Disebabkan RM100 Artis Bergaduh Di Facebook!


Ini kes pasal seorang komposer merangkap artis ( tak berapa pemes) yang hutang dengan member dia RM100 sampai sekarang tak setle lagi.Ceritanya bermula macam ni..


12 Mac 2011 yg lalu pagi2 lepas subuh call aku.. dia merayu minta tolong kat aku berlakon untuk video klip band dia... as drummer... dia kata dia bayar cash RM 100 dalam minggu tu jugak... maka aku dengan murah hati (sebab fikir member2) tolong la dia ikhlas aku bukanlah nak mengungkit,tp utk shooting dgn dia... aku sanggup ponteng kerja (kat Uniqlo) hari tu... aku tolak semua job lain2 aku (format PC orang) ada dalam 4 orang customer... aku ikhlas tolong dia dgn harapan dia pon akan tolong aku balik time aku susah... mmg skang tgh susah pon... gaji aku bulan lepas cut kaw2 sebab working hour aku pendek..


then sebulan pon berlalu... aku diamkan jer... aku tau duit payment shooting da lama masuk... sampai laa aku SMS dia... dia x balas... lepas tu aku msg FB... pon dia x balas... aku pon musykil... kenapa mcm ni... (mmg aku terdesak nak pakai duit skang ni nak repair motor aku... transport utama aku nak ke INTEC SEC 17 SHAH ALAM hari2...) skali aku pon post la kat wall... mula2 dia sms aku (perghhh bole plak sms aku) dia kata jgn cemarkan imej dia... maklumlaa KOMPOSER MUDA BARU NAK UP~ (ceh lagu ko x sedap pon)


sampai la satu tahap sebab aku bengang dia petik nama Awang... aku post kat wall dia lagi semalam... aku ckp kalo x nak bayar pon xpe laa... at least bgtau kat aku so xde laa aku dok menunggu duit dr dia (yer laa SMS x berbalas,call x berjawab,msg FB x berbalas) terus dia maki aku kat wall aku... siap sound aku kata aku x profesional (sape yg x pro sebenarnya ni??? aku ke dia??? kata aku ****... lepas tu siap kata nak hentak aku... DUNIA DA TERBALIK????

walaupun RM 100 tu x byk bg sesetengah orang... tp x bg aku... RM 100 tu sgt bermakna sebab aku ni student... dia tu da keje... TITLE MANAGER lagi kat ROYALE BINTANG HOTEL... x campur lagi duit2 show dia ngan band dia and duit MACP,PRISM dia buat lagu selama ni... aku mmg sgt2 perlukan duit tu utk repair motor aku yg separuh jahanam ni... aku keje pon part time jer... gaji aku ngam2 utk support duit blanjer aku sebulan ulang alik dr CHERAS - SHAH ALAM hari2 utk menuntut ilmu... tp x sangka ada manusia yg x memahami kesusahan aku... leh kata aku mcm ni... orang yg aku hormat dan aku anggap kawan selama ni... sumpah... aku sgt sedih dan kecewa...

Thursday 21 April 2011

Zed Zaidi jumpa jodoh dalam Facebook (kad kawin stylo beb!!)

Kad kahwin yang dihasilkan seperti laman sosial Facebook lambang pertemuan jodoh Zed Zaidi dan bakal isterinya

Menurut Zed, dia tidak melakukan upacara pertunangan sebaliknya terus melangsungkan acara ijab kabul. “Acara pernikahan nanti akan dibuat secara sederhana sahaja dengan dihadiri keluarga kami sahaja. Mereka minta agar dibuat secara tertutup manakala majlis resepsi baru kami menjemput rakan-rakan dan media,” ujarnya. Bercerita tentang detik perkenalannya dengan wanita tersebut yang juga ahli perniagaan, Zed memberitahu mereka bermula sebagai rakan Facebook sehinggalah kemudian bertukar menjadi rakan perniagaan sebelum hadirnya bibit-bibit cinta.
“Kami kenal di laman sosial Facebook sejak tahun 2008. Selepas itu saya tolong dia usahakan perniagaan dalam talian miliknya. Pada asalnya kami hanya rakan biasa sahaja sehinggalah selepas menunaikan umrah tahun lalu, saya mendapat petunjuk dialah calon yang paling sesuai untuk saya,” katanya.

Hafiz (AF7) dan Adira (AF8) Mengaku Bercinta Sejak Lima Bulan Lalu



PETALING JAYA: Juara Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7), Mohd Hafiz Mohd Suip atau Hafiz, 21, mendedahkan sedang hangat bercinta dengan penyanyi Adira (AF8) sejak lima bulan lalu.
Hafiz berkata, pendedahan itu bukan untuk mendapatkan publisitimurah sebaliknya bagi menjelaskan tanggapan serong sesetengah pihaksebelum ini yang mendakwa Adira menjalinkan cinta sejenis.
"Saya atau Adira tidak mahu kecoh-kecoh tentang hubungan kami.Malah, ketika Adira 'diserang' gosip yang mendakwanya menjalin hubungansongsang beberapa bulan lalu, kami mengetahui cerita yang sebenar danmasih mampu mengunci mulut.
"Hakikatnya, dia seorang gadis yang baik dan sama sekali tidak seperti yang digembar-gemburkan.
"Saya berharap dengan pengakuan ini dapat membersihkan nama Adira dimata umum agar tiada pihak terus berpandangan serong padanya," katanHafiz dalam satu pertemuan bersama mStar Online.
Bercerita tentang hubungan yang terjalin secara tersembunyi selamalima bulan itu, Hafiz mengakui sudah lama menaruh hati kepada gadiskelahiran Ranau, Sabah itu.
"Sebenarnya saya sudah menyimpan perasaan pada Adira sejak dia AF8 lagi. Cuma, ketika itu kami mempunyai



pasangan masing-masing.        Adira (AF8)

"Kebetulan pula ketika saya sedih selepas putus cinta padapenghujung tahun lalu, Adira muncul memberikan semangat. Lama-kelamaan,keserasian kami itu bertukar menjadi perasaan sayang pula,” katanya.
Sementara itu, Adira yang dihubungi mengakui intim dengan penyanyi lagu Awan Nano itu sejak lima bulan yang lalu.
"Memang saya menjalin hubungan dengan Hafiz sejak lima bulan yanglalu. Malah, hubungan kami diketahui oleh kedua-dua belah keluarga.
"Bagaimanapun, kami tidak mahu menghebohkan hal ini. Saya harapcerita ini tidak diperbesarkan dan semua pihak menghormati ruangprivasi saya," katanya.
Apabila ditanya tentang impak dan penerimaan keluarganya terhadapgosip yang mendakwa dia mengamalkan hubungan songsang, Adira berkata:"Sebagai orang baru dalam industri ini, saya terlalu kerdil untukmempertahankan diri daripada gosip sedemikian.
"Yang penting, keluarga sangat mengenali saya dan mengetahui ceritasebenar. Bagi saya, dengan berdiam diri saja segala fitnah yangdilemparkan itu akan lenyap dengan sendirinya."
Pengakuan eksklusif hubungan mereka ini sekali gus turut menangkis gosip hubungan Adira dengan juara AF8, Shahir.
Terbaru, Aidra dan Hafiz dikhabarkan akan berduet untuk lagu tema filem Ombak Rindu arahan Osman Ali yang dijangka ditayangkan hujung tahun ini.

Linda Jasmine dan Que Haidar Berseronok Ada Arak dMeja

Gosip panas yang mengandungi gambar Linda Jasmine dan Que Haidar yang mengatakan mereka ini berseronok sambil ada gelas-gelas arak di atas meja. Fuhh dasyat ni, tapi dah nama pun gosipkan mungkin gelas-gelas arak itu kepunyaan orang lain yang bukan beragama Islam. Harap-harap mereka ini tidak buat perangai yang bukan-bukan lah yek.