Thursday 21 April 2011

Hafiz (AF7) dan Adira (AF8) Mengaku Bercinta Sejak Lima Bulan Lalu



PETALING JAYA: Juara Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7), Mohd Hafiz Mohd Suip atau Hafiz, 21, mendedahkan sedang hangat bercinta dengan penyanyi Adira (AF8) sejak lima bulan lalu.
Hafiz berkata, pendedahan itu bukan untuk mendapatkan publisitimurah sebaliknya bagi menjelaskan tanggapan serong sesetengah pihaksebelum ini yang mendakwa Adira menjalinkan cinta sejenis.
"Saya atau Adira tidak mahu kecoh-kecoh tentang hubungan kami.Malah, ketika Adira 'diserang' gosip yang mendakwanya menjalin hubungansongsang beberapa bulan lalu, kami mengetahui cerita yang sebenar danmasih mampu mengunci mulut.
"Hakikatnya, dia seorang gadis yang baik dan sama sekali tidak seperti yang digembar-gemburkan.
"Saya berharap dengan pengakuan ini dapat membersihkan nama Adira dimata umum agar tiada pihak terus berpandangan serong padanya," katanHafiz dalam satu pertemuan bersama mStar Online.
Bercerita tentang hubungan yang terjalin secara tersembunyi selamalima bulan itu, Hafiz mengakui sudah lama menaruh hati kepada gadiskelahiran Ranau, Sabah itu.
"Sebenarnya saya sudah menyimpan perasaan pada Adira sejak dia AF8 lagi. Cuma, ketika itu kami mempunyai



pasangan masing-masing.        Adira (AF8)

"Kebetulan pula ketika saya sedih selepas putus cinta padapenghujung tahun lalu, Adira muncul memberikan semangat. Lama-kelamaan,keserasian kami itu bertukar menjadi perasaan sayang pula,” katanya.
Sementara itu, Adira yang dihubungi mengakui intim dengan penyanyi lagu Awan Nano itu sejak lima bulan yang lalu.
"Memang saya menjalin hubungan dengan Hafiz sejak lima bulan yanglalu. Malah, hubungan kami diketahui oleh kedua-dua belah keluarga.
"Bagaimanapun, kami tidak mahu menghebohkan hal ini. Saya harapcerita ini tidak diperbesarkan dan semua pihak menghormati ruangprivasi saya," katanya.
Apabila ditanya tentang impak dan penerimaan keluarganya terhadapgosip yang mendakwa dia mengamalkan hubungan songsang, Adira berkata:"Sebagai orang baru dalam industri ini, saya terlalu kerdil untukmempertahankan diri daripada gosip sedemikian.
"Yang penting, keluarga sangat mengenali saya dan mengetahui ceritasebenar. Bagi saya, dengan berdiam diri saja segala fitnah yangdilemparkan itu akan lenyap dengan sendirinya."
Pengakuan eksklusif hubungan mereka ini sekali gus turut menangkis gosip hubungan Adira dengan juara AF8, Shahir.
Terbaru, Aidra dan Hafiz dikhabarkan akan berduet untuk lagu tema filem Ombak Rindu arahan Osman Ali yang dijangka ditayangkan hujung tahun ini.

No comments:

Post a Comment