Monday 9 May 2011

sapolah artis ni....isk..isk...isk

Gambar di atas ialah milik seorang pelakon yang tak berapa popular, iaitu Nurul Ain Nordin untuk filem Suatu Malam Kubur Berasap. Abang Nara percaya yang si Nurul Ain ini tak mahu pun gambarnya diambil dengan cara sebegini. Kemungkinan besar ini kehendak pihak-pihak yang terlibat dengan filem lakonannya. Kalau tak ambil gambar macam ini, Nurul Ain pastinya akan rasa serba salah sebab takut langgar arahan big boss.
Tapi, Abang Nara rasa kini sudah tiba masanya untuk artis Malaysia, terutamanya wanita untuk bangkit tegakkan kemahuan sendiri terutama bab berpakaian. Kadang-kala rasa sedih dengan artis kita (terutama artis perempuan) yang dieksploitasi untuk berkemban, pakai seksi, pakai baju adik untuk melariskan dan membuat kontroversi bagi menaikkan sesebuah filem. Malu dan kecewa juga dengan industri hiburan kita sebenarnya.
Tapi kalau memang dengan kerelaan hati si pelakon memakai pakaian yang menjolok mata, itu tak mampu lah Abang Nara nak kata apa-apa. Tetapi kalau atas sebab arahan-arahan orang atasan, Abang Nara boleh dibawa berbincang dan boleh sopankan sikit cara pemakaian. Tak gitu? Sudah tiba masa untuk artis kita demand sedikit demi maruah sendiri. Apa pendapat korang?


Thursday 5 May 2011

Saya mmg suke parking camni

Sarimah ketagih...ermm..

WATAK pencerita atau Susur yang dilakonkannya dalam Muzikal Tun Mahathir terbitan CTRA Production pada 21 - 30 Januari lalu di Panggung Sari, Istana Budaya (IB) meninggalkan impak di hati penonton.
Kemunculan penyanyi, pelakon dan pengacara Sarimah Ibrahim, 33, dalam pementasan itu ternyata menjadi sebutan ramai penggemar teater.

Selepas Muzikal Tun Mahathir, pengacara berdarah kacukan Melayu-Irish ini akui berasa ketagih untuk beraksi lagi di pentas teater.


Justeru, tidak hairanlah, dia tidak berfikir dua kali apabila ditawarkan produser Siti Rohayah Attan untuk beraksi dalam pementasan teater Mak Dara Nyonya pula.




Demi cintanya yang cukup mendalam pada bidang teater, Sarimah tidak kisah mendapat bayaran kecil kerana dia lebih mementingkan ilmu dan kepuasan dalam beraksi secara ‘live’. Apatah lagi watak yang ditawarkan menarik iaitu sebagai perempuan yang tamakkan harta dalam teater terbaru itu.


“Berlakon teater sangat berbeza dengan depan kamera (TV atau filem). Kepuasannya kita dapat secara langsung,” katanya.


Mak Dara Nyonya turut mengangkat kisah pengasas jamu terkemuka, Mak Dara iaitu Ibu Halimah Shuib.


Ia arahan Rosminah Tahir dan bakal dipentaskan di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), Jalan Ampang pada 6 - 12 Julai depan.


Selain Sarimah, teater itu menampilkan barisan Misha Omar, Tania Zainal (Nyonya), Zaifri Husin (Tuan), Khatijah Tan dan Sherry Abdullah.


Dalam pada itu jauh di sudut hatinya, Sarimah berharap pihak bertanggung jawab akan mewujudkan lebih banyak sekolah dan kelas teater bagi mendidik masyarakat muda mendapat pendedahan mengenai bidang pementasan dan seni.

Noorkhiriah Tampil Imej Bertudung

  


Pelakon Noorkhiriah, 35, mahu melakukan perubahan dalam hidupnya apabila memilih untuk tampil lebih sopan dengan memakai tudung.

Kata Noorkhiriah, tudung yang dipakainya bukanlah tudung litup sebaliknya hanya menutupi bahagian kepala sehingga telinga sahaja.

“Saya tak mahu masyarakat membuat tafsiran yang salah dengan cara bertudung seperti ini. Apa yang penting saya sedang mempelajari untuk menyesuaikan diri ke arah imej bertudung litup secara berperingkat

"Sebab itu saya memulakan langkah dengan menutup rambut dan telinga saya dahulu. Alhamdulillah, setakat in, bila keluar, saya selesa seperti ini," katanya yang ditemui pada majlis penyampaian hadiah Anugerah Bintang Popular 2010 (ABPBH 2010) di Holiday Villa, Hotel & Suite, di sini, Rabu.


Tambah Noorkhiriah, walaupun dalam proses menukar imej, dia tetap tidak menolak mana-mana tawaran berlakon yang memerlukan dia tidak bertudung buat masa ini.

“Sukar untuk menetapkan bila saya akan bertudung terus kerana takut orang luar salah faham pula. Cuma tindakan ini bukan secara drastik.

"Namun, suami saya, Azfaidzul Antan, sudah mula meminta saya menukar sedikit demi sedikit,” ujarnya yang bakal menemui penonton dalam drama Sekadar Kaabah menerusi saluran TV3.

Dalam pada itu, kerana niat perubahan imej itu, Noorkhiriah mengakui, dirinya mula rasa tidak selesa apabila melakonkan babak yang memerlukan dia memeluk atau berpegangan tangan dengan pelakon lelaki lain.

Rozita Che Wan Buka Butik 'My Couture

Pelakon Rozita Che Wan membuktikan cita-citanya untuk terlibat dalam bidang perniagaan pada tahun ini dengan memperkenalkan pakaian berjenama My Couture.

Menurut Rozita, perniagaan berkenaan dijalankan bersama rakan kongsinya, Hanim Sahrom selaku pengarah kreatif My Couture Sdn Bhd yang bertempat di Seksyen 23, Shah Alam, Selangor.

Rozita yang ditemui di majlis pelancaran butik tersebut berkata impian untuk membuka butik pakaian wanita telah lama difikirkan dengan dua orang adik perempuannya iaitu Rubytah dan Jaja.

Bagaimanapun, impian itu baru boleh direalisasikan sekarang memandangkan kedua-dua adiknya itu sibuk dengan rumah tangga masing-masing.

"Saya berkongsi dengan Kak Hanim setelah menerima pelawaan daripadanya pada tahun lepas memandangkan dia merupakan salah seorang penasihat Avon.

"Alhamdulillah, perniagaan ini sudah mempunyai pelanggan tetap kerana selain menjual pakaian itu secara dalam talian, kami juga membekal pakaian berkenaan di beberapa butik tempatan selain menerima tempahan dari Singapura, Dubai dan United Kingdom,” katanya.

Butik My Couture menyediakan pakaian wanita sopan dengan fesyen moden kontemporari.Jelas Rozita, setiap pakaian yang dijual mempunyai rekaan yang berbeza.

Menariknya, Rozita turut bertindak sebagai pereka fesyen baju kurung mini."Saya dan Kak Hanim saling bertukar idea tentang rekaan pakaian di butik ini.

Tetapi dia lebih fokuskan kepada rekaan pakaian batik dan jubah," ujarnya tentang My Couture yang turut menampilkan pakaian berkonsep kasual dan blaus.

Menyentuh tentang harga, Rozita memberi jaminan harga setiap pakaian yang dijual lebih murah berbanding harga di pasaran dalam anggaran antara RM1,000 ke bawah.Orang ramai boleh juga melawati laman web www.mycouture.com.my untuk melihat pakaian yang dihasilkan.

Saya menderita ketumbuhan rahim” DD

SEBELUM berangkat ke Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) bagi mendalami bidang lakonan di Sekolah 
Filem & Lakonan Akademi Filem New York awal bulan lepas, Diana Danielle sempat menghabiskan masa untuk berlibur bersama keluarga.
Kesempatan sekitar Februari itu digunakan dengan sebaik mungkin oleh gadis yang mesra disapa D ini dengan memilih China sebagai destinasi percutian.
Bagaimanapun, ada yang membocorkan cerita, kunjungan itu bukanlah sekadar atas tujuan bercuti. Sebaliknya, D dikatakan berkunjung ke China untuk mengubati penyakit yang ditanggungnya dalam diam sejak sekian lama.
Mengesahkan perkara tersebut, D tanpa berselindung membuka mulut untuk bercerita mengenai masalah kesihatan yang dihidapinya sehingga membawanya ke China untuk menjalani rawatan.
Menurut duta Nano White, Public Gold dan Sunsilk ini, sebelum ini, tidak pernah terlintas di fikirannya bahawa penyakit yang dihidapi adalah disebabkan ketumbuhan yang bersarang di bahagian rahimnya.
Ia cuma terbongkar selepas D menyedari penyakitnya berlanjutan sejak dua tahun kebelakangan sehingga kadangkala menyebabkan dia gagal menjalankan aktiviti seni dan belajar dengan baik.
“Biasalah perempuan, kalau datang bulan, sakit senggugut itu adalah satu perkara biasa. Pada awalnya memang itulah yang D fikirkan.
“Tetapi, lama kelamaan, keadaan D semakin teruk. Sampai tak boleh buat apa-apa kerja kalau ‘masa’ itu datang.
“D hanya mampu menangis sebab sakitnya memang tak dapat dizahirkan dengan kata-kata. Langsung tak dapat bangun.
“Dah macam-macam D cuba untuk legakan kesakitan. Telan panadol dan ubat tahan sakit, tapi memang tak jalan juga. Sampai mama pun hairan.
“Lepas buat pemeriksaan di hospital, D terkejut bila doktor kata sebenarnya sakit tu berpunca daripada ketumbuhan dalam rahim,” katanya.
Turut melahirkan rasa terkejutnya, kata ibu Diana, Norsiah Ramli, doktor itu juga memberitahu bahawa ketumbuhan yang dihidapi anak gadis tunggalnya itu juga sekiranya tidak dibedah, ia akan membesar di dalam rahim sebagai kanser.
“Tentulah mama risau dan tak mahu perkara itu terjadi. Doktor bagi nasihat supaya D dibedah untuk membuang ketumbuhan yang berukuran lebih kurang 7 sentimeter panjang dengan ketebalan 3 sentimeter.
“Mujurlah mama ada kawan yang mencadangkan supaya D dirawat menggunakan kaedah perubatan cina, Chi.
“Sebab itu kami ke China. Bunyinya mungkin agak keterlaluan, tetapi ia antara usaha mama untuk memulihkan D dari penyakitnya,” katanya.
Pesakit terakhir dirawat
Usai sahaja komitmennya menjalani penggambaran filem Bara Jiwa arahan Osman Ali, kata D, dia bergegas bersama ibunya ke China.
Peluang selama seminggu berada di daerah Huangzhou dan Huangshan dimanfaatkan dengan sebaiknya.
Cerita D, kesempatan bertemu dengan Grand Master Xuan Kong yang terkenal dengan kehebatannya dalam perubatan Chi adalah peluang keemasan bagi D.
Apalagi, dia merupakan sifu Shaolin yang terunggul, tertua dan yang paling disegani di negara itu.
“Rawatan Chi memang menakjubkan. Tanpa menggunakan sebarang peralatan, sifu Xuan membantu mengeluarkan ketumbuhan D menggunakan kaedah tenaga dalaman.
“Ketumbuhan itu dibuang melalui darah. Bayangkanlah, macam mana tak terkejut D bila tengok darah yang keluar berwarna hitam dan pekat.
“Lepas menjalani rawatan itu, D mengalami datang bulan yang agak panjang, 19 hari lamanya.
Bagaimanapun, cerita gadis berusia 20 tahun ini lagi, hatinya tersentak tatkala menerima perkhabaran mengenai kematian sifu Xuan dua hari selepas dia kembali ke tanah air.
“Terkejut D bila dapat tahu dia meninggal di usia 82 tahun. Lebih sedih bila diberitahu, D dan mama merupakan pesakit terakhir yang dirawat oleh dia.
“Meski rasa beruntung sebab sempat merasa rawatan Chi dengannya, namun kami rasa sedih sebab rupa-rupanya itu merupakan kali pertama dan terakhir kami bertemu,” katanya.
Dalam pada itu, mengenai rawatan Chi, kata gadis ini, kesihatannya semakin baik malah menjadikan dia semakin aktif.
Malah, ujar D, dia juga tidak lagi merungut sakit teruk selain tidak perlu menjalani proses pembedahan dan makan ubatan herba sahaja.
“Alhamdulillah, semuanya sudah baik. Paling penting, kita merawat penyakit sebelum ia melarat,” katanya.
Mungkin itu kesan daripada rawatan yang D buat,” katanya.

Gosipnya: perlu ke wartawan nak tulis bab2 dtg bulan ni...

Tuesday 3 May 2011

[PIC] Cover line main hp dlm kelas

Gambar Pertunangan Shera Ayob (Hos WHI) dan Zahiril Adzim (Drama Juvana)

Majlis pertunagan Shera Ayob (Hos WHI) dan Zahiril Adzim (Drama Juvana) berlangsung pagi ini 1 May bersempena hari pekerja. Hos cun ini akan melangsungkan perkahwinan pada 17 Disember 2011 nanti dan akan menjanjikan suasana majlis perkahwinan yang meriah katanya.


gambar zed zaidi dgn isteri nye


Letihnya cari gambar bakal isteri Zed Zaidi yakni Natalia Mustafa Kamal, namun penat lelah menekan keyboard dan mouse akhirnya berbaloi kerana berjaya menemui gambar yang dikatakan sebagai Natalia. Berkemungkinan benar kerana pose Zed dan gadis ini pun seperti pasangan kekasih. Namun kesahihannya belum dapat dipastikan sehinggalah terd
apat maklumat yang bernas dan tepat.

Apa-apa pun layan je la gambar Natalia ( belum dapat dipastikan ) untuk tatapan anda
:









Thursday 28 April 2011


Ramai yang masih ingat berita pemergian Arwah Faizal Yusuf awal taun 2011 kan??? akibat serangan jntung kalo x silap put la......
time 2 isteri beliau rosemunira rashid sedang mengandung.....
Pagi nie sedang lepak2 gan opismate.....dia tengah belek2 fb tngk wall nira&profile pic nira dh de pic bby.....rupanya nira dah selamt melahirkan bayi lelaki 23 april baru2 nie...........comel.....ada iras2 arwah faizal 

MUHAMMAD RAQQIM FYZAL BIN MOHD FAIZAL





put tngak dari fb nira nie nampk macam nira nie dah bertudung....Alhamdllh.....&hubungan nira dengn nana(bekas isteri faizal yusuf) pun baik sejak pemergian arwah...........bagus lah...mungkin itu yang arwah mahukan....
nie pic2 nira yg dh bertudung :

Tahniah nira...semoga tabah membesarkan putera kesayangan

Kena saman 250 buang sampah...pulau sana...

RM250 hukuman untuk orang yg membuang sampah di jalan tertangkap melempar puntung rokok ke laut


Sebuah PENGUNJUNG ke pulau itu menerima 'keras menyambut' ketika ia didenda RM250 untuk sampah.
Mohammad Iqbal Abdul Karim dari Kuala Lumpur tertangkap melempar puntung rokok ke pinggir laut Gurney Drive oleh Penang Municipal Council (MPPP) pegawai selama operasi 90-minit pada pelancongan popular menghantui.

Mahal kebiasaan buruk: Mohammad Iqbal (kanan) menerima panggilan-Nya untuk mengotori di Gurney Drive, George Town


Orang itu terdengar memohon untuk dibiarkan lolos kerana ia tidak menyedari Peraturan sampah yang ketat di negara bahagian.
MPPP pembantu kesihatan awam Abdul Kahar Ali Hudin, yang mengeluarkan surat panggilan, kata sampah tidak dibenarkan terlepas dari yang berasal dari negara satu.

"Itu tidak masalah dari mana anda berasal dari, anda tidak perlu sampah sembarangan," katanya.
Majlis meningkat denda untuk membuang sampah sembarangan dari RM50 ke RM250 bermula 1 Januari.
Bercakap kepada wartawan, MPPP Kesihatan Awam Pengerusi Jawatankuasa Tetap alternatif Ah Ong Teong mengatakan dewan melancarkan kempen anti-orang yg membuang sampah di jalan pada tarikh 15 dan sampai tarikh 1 April telah mengeluarkan jumlah keseluruhan 123 surat panggilan untuk litterbugs di Kota Padang, Gurney Drive, Komtar bus terminal dan Batu Ferringhi.

Sebanyak 39 telah tertangkap melempar puntung rokok, 44 telah tertangkap untuk benar pembuangan sampah makanan mereka dan 40 untuk membuang botol plastik dan pembungkus makanan tanpa pandang bulu pada hari Jumaat malam.
"Skuad kami, terdiri daripada empat pegawai dewan, telah berkawal di kawasan-kawasan ini selama dua minggu terakhir dan akan terus melakukannya tanpa batas," katanya, sambil menambah bahawa pegawai dari dewan Penguatkuasaan dan Perkhidmatan Perkotaan jabatan dan negara Jabatan Kesihatan juga dikuasakan untuk masalah surat panggilan.

Kesihatan umum pembantu K. Kasi mengatakan beberapa dari mereka yang telah didenda secara verbal agresif dengan petugas.
"Salah seorang doktor mengatakan kepada saya bahawa ia tidak melihat 'tidak litter' tanda ketika aku mengeluarkan dia panggilan," katanya.
"Jawapan saya sederhana saja - anda tidak melihat tanda 'tidak mencuri' tetapi bermaksud perbuatan itu dibenarkan?
"Penang tidak akan pernah kembali bersinar kalau tidak ada perubahan dalam sikap masyarakat," katanya.

Kalu pi jangan Pulau Buang sampah merata-rata .............

Salma Dan Ratnah Mentor Sebenarnya Janda

Salma Mentor dan Ratnah Mentor sebenarnya berstatus janda. Mungkin ramai yang terkejut dan tidak tahu hal sebenar ini tetapi inilah hakikatnya. Lebih mengejutkan lagi Salma yang juga protege Erra Fazira ini sebenarnya seorang ibu tunggal. Ingatkan diorang ni masih anak dara.. Salma pernah berkahwin ketika usianya 17 tahun. Apa korang ingat diorang masih anak dara ke? huhuhh 

Sumber: Salma & Ratnah Mentor Janda Seksi

PATUTKAH FILEM SERAM DIHARAMKAN?

KUALA LUMPUR, 26 April — Dewan Pemuda Masjid Malaysia (Pemuda Masjid) meminta pihak berkuasa supaya mengharam dan menghentikan kebenaran bagi penyiaran filem seram dan hantu yang kini kerap diterbitkan syarikat produksi filem tempatan.
Ketua Umumnya Dr Mohammad Nawar Ariffin berkata kebanjiran filem seram dilihat menjadi-menjadi ketika ini dengan jumlahnya mengatasi jumlah filem yang diterbitkan ketika era kegemilangan filem Melayu pada 1960-an.
Menurut beliau, Pemuda Masjid bimbang fenomena penerbitan filem jenis itu hanya akan memundurkan orang Melayu yang merupakan 95 peratus daripada penggemar dan penonton filem sedemikian.
“Adalah malang filem dan drama seram serta hantu ini dijadikan sogokan kepada penggemar filem dan drama Melayu kerana ia tidak langsung boleh membantu dalam membangun jiwa dan intelek masyarakat kita.
“Orang Melayu beragama Islam kini terancam akidah mereka akibat menonton aksi tahyul dan syirik yang sering dipaparkan sehingga semakin ramai terjebak dengan aktiviti kurafat dan mungkar,” katanya dalam satu kenyataan dipetik Bernama Online.
Dr Mohammad Nawar berkata aktiviti kurafat dan tahyul itu juga dilihat berkembang ke arah negatif apabila semakin banyak kes penipuan oleh bomoh, diperkosa dan dicabul oleh pengamal perubatan tradisional dilaporkan.
“Oleh itu, penerbitan filem-filem jenis ini hendaklah dihentikan atau penyiaran dan penayangannya diperketatkan kerana ia mempunyai kesan dalam mempengaruhi jiwa dan pemikiran masyarakat.
“Kerajaan perlu segera menghentikan eksploitasi penerbit filem dan drama menggunakan filem seram dan hantu untuk mengaut keuntungan tanpa mengambil kira risiko dan kerosakan terhadap anak bangsa,” katanya.
Beberapa tahun kebelakangan ini penerbit filem tempatan kerap mengeluarkan filem seram untuk tontonan penggemar filem sehingga ia membibitkan kebimbangan masyarakat akan kesannya kepada pemikiran dan agama.
Filem seram yang kini ditayangkan di pawagam antaranya Senjakala terbitan Excellence Pictures Sdn Bhd arahan Ahmad Idham dan Penunggu Istana arahan Wan Hasliza terbitan Alternate Studios.

Aduan Pemuda Masjid Desak Haram Penerbitan Filem Seram, m/s N6, Sinar Harian, 27 April 2011


http://www.kpkk.gov.my/suratpengarang/skp_110427/Aduan_Pemuda_Masjid_Desak_Haram_Penerbita.pdf



SECARA PERIBADINYA, ADAKAH ANDA SEMUA SETUJU DENGAN DESAKAN INI? ADAKAH KITA HARUS KEMBALI KE ZAMAN DI MANA SEMUA FILEM HANTU DAN TAHYUL DIHARAMKAN PADA ERA LEPAS???? SANGGUPKAH KITA DIKONGKONG KEBEBASAN MINDA SEBEGINI???

Wednesday 27 April 2011

meriahnya industri Filem Melayu sekarang!

Merujuk kepada senarai tayangan filem melayu dalam website FINAS tahun ni, aku rasa sambutan penonton terhadap filem Melayu agak merosot teruk menjelang bulan mac 2011. Selain dari Merong dan Khurafat, semua filem lain tidak mencapai kutipan sejuta kecuali filem CUN yang mengutip rm 1.25 million untuk seluruh tayangan di 51 pawagam berdasarkan laporan dari Tayangan Unggul. (pawagam wajib tayang FINAS hanya 41). Manakala  filem DALAM BOTOL pulak kutipan dari mulut penerbit katanya ok...tapi tak tahu lah kebenarannya....

Amat menghairankan bila filem SENJAKALA mendapat kutipan lebih rendah dari filem CUN sedangkan filem tersebut bergenre seram dan ditayangkan di 65 buah pawagam serta PROMOSI filem SENJAKALA lebih mantap malah selalu keluar trailer di TV 3 sedangkan filem CUN langsung aku tak tahu dah keluar ditayangan!

Adakah lambakan filem yang ditayangkan berderet2 setiap menggu membuatkan penonton mulai bosan untuk menonton filem melayu setiap minggu.

melihat kepada senarai filem yang bakal tayang lepas ni, berlambak filem seram lain bakal ditayangkan....adakah mereka juga akan menerima nasib yang sama seperti Senjakala dan Di Larang Masuk?

Menjelang bulan mei nanti pulak ada tiga buah filem blockbuster akan ditayangkan iaitu Nur Kasih the Movie, Karak dan KONGSI.


Filem manakah di antara semua yang berlambak di bawah akan mendapat kutipan pecah panggung? Adakah kutipan filem pecah panggung lebih penting dari kualiti filem tu sendiri?

TAYANGAN FILEM CEREKA TAHUN 2011
BILJUDUL FILEMGENREKOS PRODUKSIMULA TAYANGKUTIPAN KASAR (RM)BILANGAN PAWAGAM
1.
Khurafat
SERAM1.50 juta13.01.20118.08 juta66
2.
HAQ
AKSI2.50juta27.01.20110.80 juta50
3.
Sini Ada Hantu
SERAM / MISTERI / NGERI1.20 juta10.02.20111.30 juta40
4.
Kembar Siang
KOMEDI1.64 juta24.02.20111.21 juta59
5.
Hikayat Merong Mahawangsa
SEJARAH / AKSI / PEPERANGAN6.82 juta10.03.20116.50 juta *67
6.
Ratu The Movie
PENGEMBARAAN1.34 juta17.03.20110.20 juta53
7.
...Dalam Botol
DRAMA0.88 juta24.03.20110.57 juta50
8..
Cun
KOMEDI / KELUARGA / CINTA1.00 juta31.03.20111.09 juta *41
9..
Di Larang Masuk
SERAM1.10 juta07.04.20110.74 juta *50
10.
Senjakala
SERAM1.51 juta14.04.20110.97 juta *63
11.
Penunggu Istana

SERAM0.60 juta21.04.20110.44 juta *39
12.
Seru
SERAM / MISTERI / NGERI1.42 juta28.04.201146
13.
Momok Jangan Panggil Aku
SERAM2.00 juta05.05.201153
14.
Kongsi
AKSI1.82 juta12.05.201156
15.
Nur Kasih The Movie
DRAMA2.83 juta19.05.201167
16.
Karak
NGERI26.05.201146
17.
Toyol Nakal
KOMEDI1.21 mil02.06.201135
18.
KL Gangster
AKSI1.51 mil09.06.201165
19.
3 2 1 Cinta
CINTA / KOMEDI1.50 mil16.06.201157
20.
Rasuk
NGERI1.50 mil23.06.201158
21.
Sekali Lagi
  30.06.201158
22.
Tolong Awek Aku Pontianak
SERAM / KOMEDI1.22 mil07.07.2011
23.
Flat 3A
SERAM1.82 mil14.07.2011
24.
Hantu Bonceng
SERAM / KOMEDI1.51 mil31.08.2011
25.
Karipap-Karipap Cinta
KOMEDI1.91 mil31.08.2011
26.
Raya Tak Jadi
KOMEDI / KELUARGA1.06 mil15.09.2011
27.
Datin Ghairah
KOMEDI / CINTA1.20 mil22.09.2011
28.
Libas
AKSI / KOMEDI1.88 mil29.09.2011
29.
Al Hijab
SERAM1.62 mil06.10.2011
30.
Klip 3GP
SERAM / MISTERI1.02 mil13.10.2011
31.
Sumpahan Puaka
SERAM / KELUARGA / MISTERI0.46 mil29.10.2011
*Kutipan terkini sehingga 27 April 2011
Dikemaskini Pada 27/04/11 11:44 AM


KUALA LUMPUR: Pelakon Shaharuddin Tamby tidak bersetuju dengan permohonan cerai yang difailkan oleh isterinya kerana mendakwa wanita tersebut mengalami gangguan emosi selepas menjalani pembedahan bagi kanser rahim.
Shaharuddin, 54, berkata, kanser itu telah berada di peringkat bahaya dan satu pembedahan dilakukan terhadap isterinya, Nor’aini Muhammad, 51, bagi mengelakkan ia merebak.

“Doktor di Hospital Kuala Lumpur (HKL) ada menasihatkan saya bahawa akan berlaku perubahan emosi yang ketara dan saya harus bersabar.

“Saya banyak bersabar kerana apa yang diberitahu tentang perubahan emosi itu nyata terjadi,” katanya dan menambah, dia sayangkan isteri yang menjadi teman hidupnya sejak 33 tahun lalu.

Pelakon yang membuat penampilan khas dalam filem Apa kata hati itu juga memberitahu, Nor’aini masih perlu menjalani rawatan susulan di hospital untuk memastikan kanser tersebut tidak kembali semula.

“Tapi isteri saya tidak mahu sangat makan ubat dan doktor sendiri telefon rumah saya bertanyakan kenapa dia tidak membuat rawatan susulan,” tambahnya.

Shaharuddin atau nama sebenarnya Shaharuddin Tambi berkata demikian di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini pada Isnin. Pasangan tersebut berkahwin pada 25 November 1978 di Kuala Lumpur dan dikurniakan tiga anak, termasuk dua yang telah mendirikan rumah tangga.

Nor’aini selaku plaintif pula memberitahu, dia memohon cerai kerana tiada persefahaman dan mendakwa dirinya tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya.

“Sebenarnya saya tiada apa-apa. Kalau boleh suami saya nak kata saya tidak betul,” katanya.

Wanita bertubuh kurus itu juga memberitahu, mereka pernah bercerai pada 7 Ogos 1984 sebelum kembali rujuk pada keesokan harinya. Dia juga mengakui mereka tidak sebilik walaupun masih tinggal serumah.

Nor’aini yang mendakwa masalah dalam perkahwinannya berlaku secara on dan off juga memberitahu, kejadian terbaru melibatkan menantunya. Bagaimanapun, Shaharuddin yang memakai baju kemeja biru kotak-kotak dan bersongkok menjelaskan dakwaan tersebut dengan berkata:

“Sebenarnya berlaku satu pergaduhan antara anak saya dan menantu. Saya nak menyelamatkan suasana dan saya marahkan anak saya kerana berpendapat lelaki kena lebih bertanggungjawab.

Waktu itu menantu saya telan lima biji pil stress dan waktu saya nasihatkan, dia telan lagi lima biji. Bila keluar, dia dalam keadaan lemah dan jatuh.

“Saya cakap, ini tak boleh jadi dan kita kena bawa dia ke hospital. Saya dan anak saya papah menantu turun dari tingkat lima tanpa lif. Di sinilah isteri kata, saya lebihkan menantu,” katanya.

Selepas mendengar keterangan pasangan tersebut, Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin menasihatkan mereka untuk berbincang dan mengikuti kauseling bagi mencari penyelesaian masalah rumah tangga tersebut.

“Sepatutnya pada usia begini, kamu beribadat bersama, melancong atau menjaga cucu bersama-sama,” katanya dan menetapkan sebutan semula kes pada 15 Jun depan.

Nor’aini kelihatan tidak menyenangi kehadiran wartaman di mahkamah manakala Shaharuddin memohon maaf kerana enggan mengulas atas alasan perlu menjaga hati isterinya.
  ni pakcik shaharuddin thamby kalo sesape xknal.....sekian


  ni pakcik shaharuddin thamby kalo sesape xknal.....sekian



p/s- saje nk tempek sbb brite ni menarik...paaanaaaasss..terutame part menantu yg mroyan tu...haaadooooiiii

Tuesday 26 April 2011

Tipu hamil kerana projek sekolah

YAKIMA, Washington - Setelah mengharungi kehidupan sebagai pelajar sebuah sekolah tinggi dengan kandungan yang semakin membesar, Gaby Rodriguez akhirnya membuat pengakuan mengejutkan - dia sebenarnya tidak pernah hamil.
Rodriguez, 17, membuat pendedahan itu minggu ini semasa menghadiri perhimpunan pagi Sekolah Tinggi Toppenish di sini selepas guru dan rakan sekolahnya menyangka dia telah enam bulan mengandungkan anak luar nikah.
Pelajar berkenaan yang mendapat semua A dalam mata pelajarannya sebaliknya memberitahu, dia berpura-pura hamil untuk menyiapkan projek tahun akhirnya yang bertajuk: Stereotaip, Khabar Angin dan Statistik.
Sebagai bukti dia berkata benar, Rodriguez mengeluarkan bantal yang diikat dengan menggunakan wayar pada perutnya di hadapan para pelajar lain.
Seterusnya, dia memberitahu, kajian sosial itu dirahsiakan dan hanya diketahui oleh seorang rakannya, ibunya, teman lelakinya dan pengetua sekolah berkenaan serta segelintir yang lain.
"Saya mahu membuang bantal ini dan tidak mahu lagi meneruskannya," katanya kepada akhbar Yakima Herald-Republic selepas mendedahkan berita tersebut.
Selepas Rodriguez membuang 'perut palsunya', ramai antara 700 pelajar sekolah itu, pada mulanya terkejut, namun mereka lantas bangun memberikan tepukan gemuruh kepadanya.
Mengulas mengenai tindakan pelajarnya itu, pengetua sekolah berkenaan, Trevor Green berkata, Rodriguez patut dipuji kerana komitmennya meneruskan projek tersebut.
"Dia mengorbankan tahun akhirnya semata-mata untuk mengetahui bagaimana perasaannya menjadi seorang ibu pada usia remaja. Saya mengagumi keberaniannya," kata pengetua tersebut.Kisah pelajar berkenaan mendapat liputan meluas di AS dengan Rodriguez diundang ke rancangan bicara pagi popular, Today kelmarin untuk menceritakan pengalamannya.

Bayi 20kg!!!





Iran- bayi seberat 20 kg pada usia 1bulan..bayi nie menyusu ibu seperti biasa...tetapi setelah di beri susu lembu..dia lebih suka susu lembu dari susu ibu..jadi inilah hasilnya...sihat sungguh..tapi hasil pemeriksaan kesihatan..bayi nie siahat seperti kanak2 lain..stakat hari dia buat pemeriksaan tu la..akan datang tak tahu la...huhu..

pic intim aaron and maya


Rozita Sendayu Tinggi... 2011

Siapa Datin yang laki nya kena urat oleh geng baik nya sendiri ni?

   
             
ORANG Melayu meraikan tetamu yang datang ke rumah, bahkan dalam Islam sekalipun menggalakkan umatnya saling menziarahi jiran tetangga.
  Firman Allah dalam surah al-Hujurat, ayat 13: “Wahai umat manusia, sesungguhnya kami ciptakan kamu lelaki dan perempuan dan kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku puak supaya kamu berkenal-kenalan, semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang paling takwa di antara kamu.”   Daripada firman Allah itu, dapat kita rasakan betapa pentingnya hidup bermuafakat dan bertolak ansur antara satu sama lain.

  Bagaimanapun, menurut seorang wanita berstatus Datin ini, dia dah tak kuasa hendak buka pintu rumahnya kepada semua kenalan baiknya daripada pelbagai kalangan individu, termasuk artis terkenal tanah air.
  Bukan kerana dia takut kerusi empuknya rosak atau teh dan gulanya habis, tetapi kebimbangannya lebih daripada itu. Baginya, kalau setakat kaki kerusinya patah, bila-bila masa dia boleh import kerusi lebih mahal dari luar negara.

  Kalau begitu ceritanya, hairan pula CAK kenapa Datin itu sanggup berpatah arang berkerat rotan dengan semua rakan baiknya. Bukankah mereka rakan sehati sejiwanya ketika dia masih solo dulu? Ke mana pergi mesti bersama.

  Rupa-rupanya, ini kes kawan makan kawan. Maksud CAK, kalau kita ada istilah haruan makan anak tetapi dalam dunia materialistik ini, ada wanita sanggup menggoda suami kawan sendiri.


  Mereka bukan hendak berkahwin pun, saja suka-suka. Kalau suami rakan itu berharta, dapatlah juga rasa tempiasnya.

  Sebagai rakan karib dan bertahun-tahun kenal, Datin ini ingat tak jadi masalah apabila sekali sekala dia dan suaminya keluar minum dengan artis popular itu.

Awalnya, semuanya berjalan lancar tetapi lama kelamaan, artis itu bertukar rentak apabila dia mula mengeluarkan suara manja yang merengek-rengek.

  Datin jadi keliru, drama apa pula yang dirakam di depan matanya.

Takkan tiba-tiba mata artis itu kelabu tak nampak yang dia masih ada di situ.

  Datin ingat selepas mereka berpisah petang itu, tiada apa-apa lagi berlaku kerana si suami pun tidak menunjukkan sebarang perubahan.

  Bagaimanapun, air yang tenang itu berkocak apabila satu hari Datin terjumpa gambar artis itu dalam tempat simpanan peribadi suaminya. Bukan gambar artis itu seorang, malah ada beberapa yang lain lagi, juga kawan baiknya.

  Sekadar berfikir sepintas lalu, Datin itu mengerti apa yang berlaku. Takkan kucing sanggup membiarkan ikan yang tersaji di depannya begitu saja. Logik akal, tersangatlah rugi jika tidak menjamahnya. Hendak pula kalau kari kepala ikan dari utara.

  Sejak kejadian itu, Datin memberi amaran kepada rakannya yang lain, jangan sesekali membenarkan kawan baik masuk ke rumah sewenang-wenangnya.

  Bukan bermaksud memutuskan silaturahim sesama umat Islam, tetapi kalau dah begitu jadinya sehingga sanggup meruntuhkan masjid yang dibinanya, lebih baik dia tak berkawan dengan sesiapa.

artis bercium di kelab gay???sapa tu??

SIAPA sangka buah cempedak sekarang boleh jadi nangka. Itulah kata-kata yang sesuai SS gunakan kerana kalau melihatkan perangai seorang artis kacak ini yang sememangnya menjadi pujaan ramai wanita.
Sudahlah kacak dan sedap mata memandang, penampilannya juga nampak seperti orang baik-baik dan ‘cool’. Apalagi kalau membawakan watak hero, ramailah wanita yang akan cair dan meleleh air liur. Pendek kata, bertuah sungguh si isteri artis itu kerana dapat memiliki suami yang segak dan sasa.

Namun macam SS cakap tadi, buah cempedak sekarang sudah boleh jadi nangka dan pepatah sekilas ikan sudah tahu jantan betina pun makin susah hendak dilafazkan.


Walaupun nampak bahagia dengan isteri dan anak, sumber berkata, artis ini masih lagi dengan selera lamanya iaitu meminati kaum sejenis!




Remang sekejap bulu tengkuk SS mendengar�nya kerana dari segi sifat, artis itu nampak cukup baik dan sempurna. Tapi dalam diam-diam dia suka mengunjungi pusat hiburan yang turut dikunjungi golongan songsang.


Sumber SS itu berkata dia sangat terkejut kerana melihat artis itu berpeluk cium tanpa segan silu dengan pasangannya di kelab eksklusif itu. Mereka nampak sungguh bahagia dan seolah-olah tidak pedulikan tetamu lain.


SS tak tahu nak cakap apa, cuma SS harap artis itu akan cepat sedar bahawa perbuatannya itu menyimpang daripada norma kehidupan ini dan tuntutan agama.


Patutlah dia jarang digosipkan dengan artis wanita lain kerana dia tidak pernah main kayu tiga dengan artis perempuan. Jadi selamatlah rumah tangga daripada mara bahaya. Namun bahaya yang satu ini pula jangan dibuat main-main. Tahulah zaman sekarang, macam-macam orang boleh buat kalau alpa dan khayal. Tup-tup muncul di Internet. Masa gitu, menangis air mata berlian pun sudah tidak berharga lagi. Ingat-ingatlah.





sapa la si jantan ni...kawe2 tlg habaq mai...

Ayah Ally Iskandar Meninggal Dunia, Al-Fatihah

PIC] Zaman Student Dulu Korang Pernah Macam ni ?

[PIC] 10 freakish wedding pics

[PIC] Foto-Foto Seksi,Apabila Wanita Badan Berketul-Ketul