Thursday 5 May 2011

Sarimah ketagih...ermm..

WATAK pencerita atau Susur yang dilakonkannya dalam Muzikal Tun Mahathir terbitan CTRA Production pada 21 - 30 Januari lalu di Panggung Sari, Istana Budaya (IB) meninggalkan impak di hati penonton.
Kemunculan penyanyi, pelakon dan pengacara Sarimah Ibrahim, 33, dalam pementasan itu ternyata menjadi sebutan ramai penggemar teater.

Selepas Muzikal Tun Mahathir, pengacara berdarah kacukan Melayu-Irish ini akui berasa ketagih untuk beraksi lagi di pentas teater.


Justeru, tidak hairanlah, dia tidak berfikir dua kali apabila ditawarkan produser Siti Rohayah Attan untuk beraksi dalam pementasan teater Mak Dara Nyonya pula.




Demi cintanya yang cukup mendalam pada bidang teater, Sarimah tidak kisah mendapat bayaran kecil kerana dia lebih mementingkan ilmu dan kepuasan dalam beraksi secara ‘live’. Apatah lagi watak yang ditawarkan menarik iaitu sebagai perempuan yang tamakkan harta dalam teater terbaru itu.


“Berlakon teater sangat berbeza dengan depan kamera (TV atau filem). Kepuasannya kita dapat secara langsung,” katanya.


Mak Dara Nyonya turut mengangkat kisah pengasas jamu terkemuka, Mak Dara iaitu Ibu Halimah Shuib.


Ia arahan Rosminah Tahir dan bakal dipentaskan di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), Jalan Ampang pada 6 - 12 Julai depan.


Selain Sarimah, teater itu menampilkan barisan Misha Omar, Tania Zainal (Nyonya), Zaifri Husin (Tuan), Khatijah Tan dan Sherry Abdullah.


Dalam pada itu jauh di sudut hatinya, Sarimah berharap pihak bertanggung jawab akan mewujudkan lebih banyak sekolah dan kelas teater bagi mendidik masyarakat muda mendapat pendedahan mengenai bidang pementasan dan seni.

No comments:

Post a Comment