Monday 9 May 2011

sapolah artis ni....isk..isk...isk

Gambar di atas ialah milik seorang pelakon yang tak berapa popular, iaitu Nurul Ain Nordin untuk filem Suatu Malam Kubur Berasap. Abang Nara percaya yang si Nurul Ain ini tak mahu pun gambarnya diambil dengan cara sebegini. Kemungkinan besar ini kehendak pihak-pihak yang terlibat dengan filem lakonannya. Kalau tak ambil gambar macam ini, Nurul Ain pastinya akan rasa serba salah sebab takut langgar arahan big boss.
Tapi, Abang Nara rasa kini sudah tiba masanya untuk artis Malaysia, terutamanya wanita untuk bangkit tegakkan kemahuan sendiri terutama bab berpakaian. Kadang-kala rasa sedih dengan artis kita (terutama artis perempuan) yang dieksploitasi untuk berkemban, pakai seksi, pakai baju adik untuk melariskan dan membuat kontroversi bagi menaikkan sesebuah filem. Malu dan kecewa juga dengan industri hiburan kita sebenarnya.
Tapi kalau memang dengan kerelaan hati si pelakon memakai pakaian yang menjolok mata, itu tak mampu lah Abang Nara nak kata apa-apa. Tetapi kalau atas sebab arahan-arahan orang atasan, Abang Nara boleh dibawa berbincang dan boleh sopankan sikit cara pemakaian. Tak gitu? Sudah tiba masa untuk artis kita demand sedikit demi maruah sendiri. Apa pendapat korang?


Thursday 5 May 2011

Saya mmg suke parking camni

Sarimah ketagih...ermm..

WATAK pencerita atau Susur yang dilakonkannya dalam Muzikal Tun Mahathir terbitan CTRA Production pada 21 - 30 Januari lalu di Panggung Sari, Istana Budaya (IB) meninggalkan impak di hati penonton.
Kemunculan penyanyi, pelakon dan pengacara Sarimah Ibrahim, 33, dalam pementasan itu ternyata menjadi sebutan ramai penggemar teater.

Selepas Muzikal Tun Mahathir, pengacara berdarah kacukan Melayu-Irish ini akui berasa ketagih untuk beraksi lagi di pentas teater.


Justeru, tidak hairanlah, dia tidak berfikir dua kali apabila ditawarkan produser Siti Rohayah Attan untuk beraksi dalam pementasan teater Mak Dara Nyonya pula.




Demi cintanya yang cukup mendalam pada bidang teater, Sarimah tidak kisah mendapat bayaran kecil kerana dia lebih mementingkan ilmu dan kepuasan dalam beraksi secara ‘live’. Apatah lagi watak yang ditawarkan menarik iaitu sebagai perempuan yang tamakkan harta dalam teater terbaru itu.


“Berlakon teater sangat berbeza dengan depan kamera (TV atau filem). Kepuasannya kita dapat secara langsung,” katanya.


Mak Dara Nyonya turut mengangkat kisah pengasas jamu terkemuka, Mak Dara iaitu Ibu Halimah Shuib.


Ia arahan Rosminah Tahir dan bakal dipentaskan di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), Jalan Ampang pada 6 - 12 Julai depan.


Selain Sarimah, teater itu menampilkan barisan Misha Omar, Tania Zainal (Nyonya), Zaifri Husin (Tuan), Khatijah Tan dan Sherry Abdullah.


Dalam pada itu jauh di sudut hatinya, Sarimah berharap pihak bertanggung jawab akan mewujudkan lebih banyak sekolah dan kelas teater bagi mendidik masyarakat muda mendapat pendedahan mengenai bidang pementasan dan seni.

Noorkhiriah Tampil Imej Bertudung

  


Pelakon Noorkhiriah, 35, mahu melakukan perubahan dalam hidupnya apabila memilih untuk tampil lebih sopan dengan memakai tudung.

Kata Noorkhiriah, tudung yang dipakainya bukanlah tudung litup sebaliknya hanya menutupi bahagian kepala sehingga telinga sahaja.

“Saya tak mahu masyarakat membuat tafsiran yang salah dengan cara bertudung seperti ini. Apa yang penting saya sedang mempelajari untuk menyesuaikan diri ke arah imej bertudung litup secara berperingkat

"Sebab itu saya memulakan langkah dengan menutup rambut dan telinga saya dahulu. Alhamdulillah, setakat in, bila keluar, saya selesa seperti ini," katanya yang ditemui pada majlis penyampaian hadiah Anugerah Bintang Popular 2010 (ABPBH 2010) di Holiday Villa, Hotel & Suite, di sini, Rabu.


Tambah Noorkhiriah, walaupun dalam proses menukar imej, dia tetap tidak menolak mana-mana tawaran berlakon yang memerlukan dia tidak bertudung buat masa ini.

“Sukar untuk menetapkan bila saya akan bertudung terus kerana takut orang luar salah faham pula. Cuma tindakan ini bukan secara drastik.

"Namun, suami saya, Azfaidzul Antan, sudah mula meminta saya menukar sedikit demi sedikit,” ujarnya yang bakal menemui penonton dalam drama Sekadar Kaabah menerusi saluran TV3.

Dalam pada itu, kerana niat perubahan imej itu, Noorkhiriah mengakui, dirinya mula rasa tidak selesa apabila melakonkan babak yang memerlukan dia memeluk atau berpegangan tangan dengan pelakon lelaki lain.

Rozita Che Wan Buka Butik 'My Couture

Pelakon Rozita Che Wan membuktikan cita-citanya untuk terlibat dalam bidang perniagaan pada tahun ini dengan memperkenalkan pakaian berjenama My Couture.

Menurut Rozita, perniagaan berkenaan dijalankan bersama rakan kongsinya, Hanim Sahrom selaku pengarah kreatif My Couture Sdn Bhd yang bertempat di Seksyen 23, Shah Alam, Selangor.

Rozita yang ditemui di majlis pelancaran butik tersebut berkata impian untuk membuka butik pakaian wanita telah lama difikirkan dengan dua orang adik perempuannya iaitu Rubytah dan Jaja.

Bagaimanapun, impian itu baru boleh direalisasikan sekarang memandangkan kedua-dua adiknya itu sibuk dengan rumah tangga masing-masing.

"Saya berkongsi dengan Kak Hanim setelah menerima pelawaan daripadanya pada tahun lepas memandangkan dia merupakan salah seorang penasihat Avon.

"Alhamdulillah, perniagaan ini sudah mempunyai pelanggan tetap kerana selain menjual pakaian itu secara dalam talian, kami juga membekal pakaian berkenaan di beberapa butik tempatan selain menerima tempahan dari Singapura, Dubai dan United Kingdom,” katanya.

Butik My Couture menyediakan pakaian wanita sopan dengan fesyen moden kontemporari.Jelas Rozita, setiap pakaian yang dijual mempunyai rekaan yang berbeza.

Menariknya, Rozita turut bertindak sebagai pereka fesyen baju kurung mini."Saya dan Kak Hanim saling bertukar idea tentang rekaan pakaian di butik ini.

Tetapi dia lebih fokuskan kepada rekaan pakaian batik dan jubah," ujarnya tentang My Couture yang turut menampilkan pakaian berkonsep kasual dan blaus.

Menyentuh tentang harga, Rozita memberi jaminan harga setiap pakaian yang dijual lebih murah berbanding harga di pasaran dalam anggaran antara RM1,000 ke bawah.Orang ramai boleh juga melawati laman web www.mycouture.com.my untuk melihat pakaian yang dihasilkan.

Saya menderita ketumbuhan rahim” DD

SEBELUM berangkat ke Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) bagi mendalami bidang lakonan di Sekolah 
Filem & Lakonan Akademi Filem New York awal bulan lepas, Diana Danielle sempat menghabiskan masa untuk berlibur bersama keluarga.
Kesempatan sekitar Februari itu digunakan dengan sebaik mungkin oleh gadis yang mesra disapa D ini dengan memilih China sebagai destinasi percutian.
Bagaimanapun, ada yang membocorkan cerita, kunjungan itu bukanlah sekadar atas tujuan bercuti. Sebaliknya, D dikatakan berkunjung ke China untuk mengubati penyakit yang ditanggungnya dalam diam sejak sekian lama.
Mengesahkan perkara tersebut, D tanpa berselindung membuka mulut untuk bercerita mengenai masalah kesihatan yang dihidapinya sehingga membawanya ke China untuk menjalani rawatan.
Menurut duta Nano White, Public Gold dan Sunsilk ini, sebelum ini, tidak pernah terlintas di fikirannya bahawa penyakit yang dihidapi adalah disebabkan ketumbuhan yang bersarang di bahagian rahimnya.
Ia cuma terbongkar selepas D menyedari penyakitnya berlanjutan sejak dua tahun kebelakangan sehingga kadangkala menyebabkan dia gagal menjalankan aktiviti seni dan belajar dengan baik.
“Biasalah perempuan, kalau datang bulan, sakit senggugut itu adalah satu perkara biasa. Pada awalnya memang itulah yang D fikirkan.
“Tetapi, lama kelamaan, keadaan D semakin teruk. Sampai tak boleh buat apa-apa kerja kalau ‘masa’ itu datang.
“D hanya mampu menangis sebab sakitnya memang tak dapat dizahirkan dengan kata-kata. Langsung tak dapat bangun.
“Dah macam-macam D cuba untuk legakan kesakitan. Telan panadol dan ubat tahan sakit, tapi memang tak jalan juga. Sampai mama pun hairan.
“Lepas buat pemeriksaan di hospital, D terkejut bila doktor kata sebenarnya sakit tu berpunca daripada ketumbuhan dalam rahim,” katanya.
Turut melahirkan rasa terkejutnya, kata ibu Diana, Norsiah Ramli, doktor itu juga memberitahu bahawa ketumbuhan yang dihidapi anak gadis tunggalnya itu juga sekiranya tidak dibedah, ia akan membesar di dalam rahim sebagai kanser.
“Tentulah mama risau dan tak mahu perkara itu terjadi. Doktor bagi nasihat supaya D dibedah untuk membuang ketumbuhan yang berukuran lebih kurang 7 sentimeter panjang dengan ketebalan 3 sentimeter.
“Mujurlah mama ada kawan yang mencadangkan supaya D dirawat menggunakan kaedah perubatan cina, Chi.
“Sebab itu kami ke China. Bunyinya mungkin agak keterlaluan, tetapi ia antara usaha mama untuk memulihkan D dari penyakitnya,” katanya.
Pesakit terakhir dirawat
Usai sahaja komitmennya menjalani penggambaran filem Bara Jiwa arahan Osman Ali, kata D, dia bergegas bersama ibunya ke China.
Peluang selama seminggu berada di daerah Huangzhou dan Huangshan dimanfaatkan dengan sebaiknya.
Cerita D, kesempatan bertemu dengan Grand Master Xuan Kong yang terkenal dengan kehebatannya dalam perubatan Chi adalah peluang keemasan bagi D.
Apalagi, dia merupakan sifu Shaolin yang terunggul, tertua dan yang paling disegani di negara itu.
“Rawatan Chi memang menakjubkan. Tanpa menggunakan sebarang peralatan, sifu Xuan membantu mengeluarkan ketumbuhan D menggunakan kaedah tenaga dalaman.
“Ketumbuhan itu dibuang melalui darah. Bayangkanlah, macam mana tak terkejut D bila tengok darah yang keluar berwarna hitam dan pekat.
“Lepas menjalani rawatan itu, D mengalami datang bulan yang agak panjang, 19 hari lamanya.
Bagaimanapun, cerita gadis berusia 20 tahun ini lagi, hatinya tersentak tatkala menerima perkhabaran mengenai kematian sifu Xuan dua hari selepas dia kembali ke tanah air.
“Terkejut D bila dapat tahu dia meninggal di usia 82 tahun. Lebih sedih bila diberitahu, D dan mama merupakan pesakit terakhir yang dirawat oleh dia.
“Meski rasa beruntung sebab sempat merasa rawatan Chi dengannya, namun kami rasa sedih sebab rupa-rupanya itu merupakan kali pertama dan terakhir kami bertemu,” katanya.
Dalam pada itu, mengenai rawatan Chi, kata gadis ini, kesihatannya semakin baik malah menjadikan dia semakin aktif.
Malah, ujar D, dia juga tidak lagi merungut sakit teruk selain tidak perlu menjalani proses pembedahan dan makan ubatan herba sahaja.
“Alhamdulillah, semuanya sudah baik. Paling penting, kita merawat penyakit sebelum ia melarat,” katanya.
Mungkin itu kesan daripada rawatan yang D buat,” katanya.

Gosipnya: perlu ke wartawan nak tulis bab2 dtg bulan ni...

Tuesday 3 May 2011

[PIC] Cover line main hp dlm kelas

Gambar Pertunangan Shera Ayob (Hos WHI) dan Zahiril Adzim (Drama Juvana)

Majlis pertunagan Shera Ayob (Hos WHI) dan Zahiril Adzim (Drama Juvana) berlangsung pagi ini 1 May bersempena hari pekerja. Hos cun ini akan melangsungkan perkahwinan pada 17 Disember 2011 nanti dan akan menjanjikan suasana majlis perkahwinan yang meriah katanya.


gambar zed zaidi dgn isteri nye


Letihnya cari gambar bakal isteri Zed Zaidi yakni Natalia Mustafa Kamal, namun penat lelah menekan keyboard dan mouse akhirnya berbaloi kerana berjaya menemui gambar yang dikatakan sebagai Natalia. Berkemungkinan benar kerana pose Zed dan gadis ini pun seperti pasangan kekasih. Namun kesahihannya belum dapat dipastikan sehinggalah terd
apat maklumat yang bernas dan tepat.

Apa-apa pun layan je la gambar Natalia ( belum dapat dipastikan ) untuk tatapan anda
: